Pengenalan

TEMA

"Memperkukuh Pembelajaran Sepanjang Hayat Menerusi Kelestarian Ekosistem TVET."

Seminar merupakan satu inisiatif penyediaan platform yang dinamik untuk penyelidik bertukar dan berkongsi gagasan, pengetahuan, penemuan serta pengalaman dari pelbagai bidang. Penganjuran seminar dilihat seiring dengan objektif strategik teras enam (6) dalam Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (2018-2025) iaitu melestarikan ekosistem penyelidikan dan inovasi. Pelan strategik ini menggambarkan juga antipati Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pengajian Tinggi) atau PPPM (PT) yang menggalakkan pembudayaan penyelidikan dan inovasi di semua peringkat pendidikan, dari pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi. Sehubungan dengan itu, Politeknik dan Kolej Komuniti berusaha memberi komitmen sepenuhnya untuk menjadi pusat pengetahuan dan keunggulan dalam bidang penyelidikan dan inovasi terutamanya dalam bidang pendidikan teknik dan latihan vokasional (TVET).  

Sejajar dengan itu juga, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah memperkenalkan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) peringkat Kebangsaan sebagai medium dan inisiatif dalam memupuk dan memperkasa budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah dan pelajar. Seminar ini selari dengan antipati lonjakan tiga (3), PPPM (PT) iaitu kerajaan menitikberatkan agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) sebagai landasan utama dalam membentuk modal insan yang berkualiti, berpengetahuan, dan memiliki daya saing. Pembangunan ini tidak hanya berfokus pada tahap pendidikan tertentu tetapi juga menekankan perlunya pembelajaran berlanjutan untuk memenuhi tuntutan pasaran kerja yang terus berubah. Menerusi PSH juga, individu mampu memperbaiki mutu dan kualiti diri dengan reskilling, upskilling dan retooling kemahiran yang menjadi aspek penting pembudayaan PSH.

Akses kepada pendidikan inklusif dan berkualiti berperanan penting dalam melengkapi penduduk setempat dengan kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan penyelesaian inovatif, sekaligus meningkatkan kualiti hidup mereka. Pendidikan inklusif menjamin bahawa setiap individu, tanpa mengira latar belakang atau keupayaan, dapat mengakses pendidikan berkualiti. Ini sejajar dengan sasaran Sustainable Development Goal keempat (SDG 4) yang bertujuan untuk memastikan akses semua orang terhadap pendidikan yang berkualiti, setara, dan inklusif, serta mempromosikan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi semua. Pelan Strategik Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti turut menekan agar pembentukan budaya pendidikan inklusif ini adalah menyeluruh dan tidak meminggirkan mana-mana golongan advokasi termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU), Tahfiz dan orang asli.

Sehubungan dengan ini, Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2024 (SPSH 2024) peringkat Kebangsaan adalah satu wadah yang amat sesuai untuk mencapai matlamat ini dalam tuntutan norma baharu. Seminar PSH kali ke-8 ini akan dilaksanakan oleh Kolej Komuniti Selanda (KKSL) dengan kerjasama JPPKK serta Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Melaka dan Negeri Sembilan.

 

OBJEKTIF

Di akhir program ini, semua yang terlibat dijangka dapat:

  • Melestari ekosistem penyelidikan kearah kecemerlangan diri dan kerjaya dalam menghasilkan penyelidikan serta amalan terbaik (Best Practice);
  • Membina platform interaksi, perkongsian dan pengembangan idea baru bagi penyelidikan yang berimpak dalam kalangan peserta iaitu pelajar, ahli akademik, penyelidik serta pegawai dari pelbagai bidang.

 

SKOP PERSIDANGAN

Skop persidangan adalah berfokuskan terhadap inklusif TVET dalam konteks PSH yang komprehensif dan holistik dengan memperkasakan kepentingan perkhidmatan dan kebajikan terhadap golongan OKU, tahfiz dan orang asli di Malaysia dari aspek:

  1. Latihan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH);
  2. Sistem Pendidikan TVET;
  3. Keusahawanan / Keusahawanan Digital / Perniagaan / Ekonomi / Perakaunan;
  4. Kesihatan dan Psikologi;
  5. Pengurusan Organisasi Dan Sistem Pentadbiran; dan
  6. Teknologi Hijau / Teknologi Industri / STEM / Industri 4.0.

 

Anjuran
Kolej Komuniti Selandar

bersama
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi

serta
Politeknik dan Kolej Komuniti
Zon Melaka dan Negeri Sembilan

Urusetia

Penyertaan dan Maklumat Lanjut:
Ts. Dr. Sharifah Nadiyah (019-6662488)
Pn. Siti Soraya (0192766518)
Pn. Nin Hayati (0196603369)

Yuran Penyertaan

Hadiah

Hadiah dan Sijil Anugerah:
        Kajian terbaik mengikut kategori
        Pembentang terbaik mengikut bilik pembentang

Kami mempunyai 23 tetamu dan tiada ahli dalam talian

Hari Ini: 3
Semalam: 1
Minggu Ini: 10
Last Week: 8
Bulan Ini: 4
Last Month: 50
Jumlah: 5,675
005675