Analisis Keperluan Untuk Membangunkan Modul Pembelajaran Teknologi Woksyop Bagi Pelajar Kolej Komuniti Kluang

Authors

  • Mohd Ramadan Mohd Khalid Kolej Komuniti Kluang
  • Mohd Nizam Mohd Talib Kolej Komuniti Kluang
  • Nor Haizam Md Warap Kolej Komuniti Kluang

Keywords:

Analisis Keperluan, Modul Pembelajaran, Teknologi Woksyop

Abstract

Kursus Teknologi Woksyop direkabentuk untuk melatih pelajar mempraktiskan gerak kerja amali sebenar merangkumi pengenalan kepada amalan keselamatan bengkel, mesin dan peralatan tangan. Kajian analisis keperluan dilaksanakan bertujuan untuk melihat isu dan permasalahan bagi subjek SAU10012 Teknologi Woksyop yang membawa kepada perlunya pembangunan modul pembelajaran. Kajian ini dilaksanakan secara kuantitatif melibatkan 48 orang pelajar Sijil Servis Kenderaan Ringan, Kolej Komuniti Kluang menggunakan borang soal selidik. Kajian kuantitatif mempunyai 13 item soal selidik yang dianalisis secara deskriptif melalui skor min terdiri daripada empat kriteria iaitu Kandungan Modul, Ciri-ciri Modul, Gaya Pembelajaran dan Kaedah Penilaian. Dapatan daripada semua item dalam soal selidik menunjukkan skor min yang tinggi terhadap keperluan pembangunan modul untuk topik pembelajaran Peralatan Tangan. Kesimpulannya, isu dan jurang permasalahan yang wujud membawa kepada perlunya pembangunan modul Teknologi Woksyop dalam kalangan pelajar Servis Kenderaan Ringan, Kolej Komuniti Kluang agar hasil pembelajaran yang merangkumi aspek pengetahuan, sikap dan tingkah laku pelajar dapat ditingkatkan.

Downloads

Published

04-09-2024

How to Cite

MOHD KHALID, M. R., MOHD TALIB, M. N. ., & MD WARAP, N. H. . (2024). Analisis Keperluan Untuk Membangunkan Modul Pembelajaran Teknologi Woksyop Bagi Pelajar Kolej Komuniti Kluang. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 342–349. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/96