Tentang Seminar

"Memperkukuh Pembelajaran Sepanjang Hayat Menerusi Kelestarian Ekosistem TVET"

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah memperkenalkan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) peringkat Kebangsaan sebagai medium dan inisiatif dalam memupuk dan memperkasa budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah dan pelajar. Seminar ini selari dengan antipati lonjakan tiga (3), PPPM (PT) iaitu kerajaan menitikberatkan agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) sebagai landasan utama dalam membentuk modal insan yang berkualiti, berpengetahuan, dan memiliki daya saing. Pembangunan ini tidak hanya berfokus pada tahap pendidikan tertentu tetapi juga menekankan perlunya pembelajaran berlanjutan untuk memenuhi tuntutan pasaran kerja yang terus berubah. Menerusi PSH juga, individu mampu memperbaiki mutu dan kualiti diri dengan reskillingupskilling dan retooling kemahiran yang menjadi aspek penting pembudayaan PSH.

Akses kepada pendidikan inklusif dan berkualiti berperanan penting dalam melengkapi penduduk setempat dengan kemahiran yang diperlukan untuk membangunkan penyelesaian inovatif, sekaligus meningkatkan kualiti hidup mereka. Pendidikan inklusif menjamin bahawa setiap individu, tanpa mengira latar belakang atau keupayaan, dapat mengakses pendidikan berkualiti. Ini sejajar dengan sasaran Sustainable Development Goal keempat (SDG 4) yang bertujuan untuk memastikan akses semua orang terhadap pendidikan yang berkualiti, setara, dan inklusif, serta mempromosikan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi semua. Pelan Strategik Jabatan Politeknik dan Kolej Komuniti turut menekan agar pembentukan budaya pendidikan inklusif ini adalah menyeluruh dan tidak meminggirkan mana-mana golongan advokasi termasuk Orang Kelainan Upaya (OKU), Tahfiz dan orang asli.