Kesan Penglibatan Pertandingan Kemahiran Terhadap Tahap Kemahiran Sosial dan Psikomotor Pelajar Bakeri dan Pastri KVSP2

Authors

  • Mariam Kamaruddin Kolej Vokasional Sungai Petani 2
  • Siti Hajar Zakaria Kolej Vokasional Sungai Petani 2
  • Noor Hanisah Adenan Kolej Vokasional Sungai Petani 2
  • Mazlifah Ahmad Kolej Vokasional Sungai Petani 2

Keywords:

Kemahiran Psikomotor, Kemahiran Sosial, Pertandingan Kemahiran.

Abstract

Pertandingan merupakan sebahagian kaedah latihan yang digunapakai untuk meningkatkan kemampuan prestasi dan kemahiran pelajar. Kelas praktikal berjadual yang dihadiri pelajar tidak memadai dan kesan kemahiran sosial dan psikomotor dari kelas tersebut hanya dapat dilihat melalui markah pentaksiran berterusan (PB) setelah selesai keseluruhan minggu (14-17 minggu per semester). Kajian yang dijalankan memberi fokus ke atas pertandingan kemahiran dan membandingkan kesan penglibatan kelompok pelajar yang menyertai pertandingan dengan pelajar yang tidak menyertai pertandingan, dari aspek kemahiran sosial dan psikomotor mereka. Data melibatkan 18 pelajar program Bakeri dan Pastri KVSP2 yang pernah menyertai pertandingan (Kumpulan A) dan 18 pelajar yang tidak pernah menyertai pertandingan (kumpulan B) dari program yang sama. Data diperoleh melalui pemerhatian (kemahiran sosial dan psikomotor) serta dapatan melalui borang soal selidik secara atas talian, Google Form. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) v26. Hasil dapatan menunjukkan kecenderungan positif ke atas kumpulan A dari aspek kemahiran psikomotor manakala kemahiran sosial walaupun terdapat peningkatan namun tidak terlalu besar (signifikan) berbanding Kumpulan B. Penemuan daripada kajian ini menekankan betapa pentingnya penyertaan pertandingan kemahiran dalam kalangan pelajar bagi memastikan pelajar mendapat latihan berterusan. 

Downloads

Published

04-09-2024

How to Cite

KAMARUDDIN, M., ZAKARIA, S. H., ADENAN, N. H., & AHMAD, M. . (2024). Kesan Penglibatan Pertandingan Kemahiran Terhadap Tahap Kemahiran Sosial dan Psikomotor Pelajar Bakeri dan Pastri KVSP2. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 320–331. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/91