Kajian Keberkesanan Latihan Industri Bagi Pelajar Sijil Perkhidmatan Logistik Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Authors

  • Mohd Azuan Ali Kolej Komuniti Jasin
  • Nuraishahtul Akmar Kamaruddin Kolej Komuniti Jasin
  • Nurhusna Samsuri Kolej Komuniti Jasin

Keywords:

Latihan Industri , Keberkesanan, Pengetahuan, Persepsi

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk melihat keberkesanan latihan industri dari perspektif pelajar Program Sijil Perkhidmatan Logistik yang mengikuti latihan industri bagi memenuhi syarat lulus Sijil Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.  Seramai 50 orang responden yang terdiri daripada pelajar semester empat (4) Program Sijil Perkhidmatan Logistik, Kolej Komuniti Jasin terlibat dalam kajian ini. Satu set borang soal selidik telah diedarkan. Melalui kajian ini, didapati responden memberikan maklum balas yang positif terhadap latihan industri yang perlu dilalui.  4.58% Responden menyatakan latihan industri telah meningkatkan pengetahuan, 4.64% meningkatkan kemahiran praktikal dan 4.59%   kemahiran insaniah mereka. Responden juga telah bersedia untuk menjalani latihan industri dimana mereka telah siap dibekalkan dengan pendedahan awal, kepentingan dan persediaan oleh pengurusan Kolej Komuniti Jasin mengenai latihan industri. Bagi merancang kerjaya yang lebih baik pada masa hadapan, menimba ilmu dan pengalaman daripada latihan industri adalah satu faktor terpenting. Oleh yang demikian, pihak pengurusan kolej dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti perlu sentiasa menambah baik aspek program latihan industri untuk memastikan perancangan yang berkesan dan pelaksanaan program latihan industri dalam kalangan pelajar Program Sijil Perkhidmatan Logistik. Borang soal selidik diambil daripada Buku Panduan Pelaksanaan Latihan Industri Kolej Komuniti Edisi 2022. Data yang diperolehi digunakan untuk menilai keberkesanan latihan industri dari perspektif pelajar sama ada persepsi mereka terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap tentang bekerja dalam persekitaran pengurusan logistik telah bertambah baik, kekal tidak berubah atau menurun. Kajian ini menyediakan maklumat praktikal tentang bagaimana pihak kolej boleh menggabungkan komponen latihan industri dalam struktur program dengan lebih berkesan.

 

Downloads

Published

04-09-2024

How to Cite

ALI, M. A. ., KAMARUDDIN, N. A., & Samsuri, N. . (2024). Kajian Keberkesanan Latihan Industri Bagi Pelajar Sijil Perkhidmatan Logistik Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 310–319. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/89