Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Perisian Canva Sebagai Media Reka Bentuk Dalam Proses PdP

Authors

  • Wan Nor Syazwani Wan Omar Kolej Komuniti Paya Besar
  • Che Hazina Che Wil Kolej Komuniti Paya Besar
  • Nurul Huda Abdul Rashid Kolej Komuniti Paya Besar

Keywords:

Canva, Kreativiti, PdP, Reka Bentuk

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik penggunaan perisian Canva sebagai media reka bentuk dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di kalangan pelajar. Canva merupakan platform reka bentuk grafik dalam talian yang popular digunakan untuk mencipta pelbagai jenis bahan visual seperti poster, infografik, dan persembahan. Penelitian ini memberikan gambaran keseluruhan terhadap bagaimana pelajar memanfaatkan Canva dalam konteks PdP. Pemilihan peserta dibuat melalui persampelan tujuan dan menggunakan soal selidik sebagai instrument kajian. Seramai 34 orang pelajar yang terdiri daripada Sijil Teknologi Elektrik dan Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan yang menggunakan aplikasi Canva dalam PdP mereka. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif. Data deskriptif yang diperolehi dianalisis dengan mengguna Statistical Package for the Social Science 29.0 (SPSS). Analisis data dilakukan untuk mengenal pasti kelebihan dan cabaran dalam penggunaan Canva dalam konteks PdP. Dapatan hasil kajian menunjukkan aplikasi Canva mempunyai reka bentuk yang mudah digunakan dan mesra pengguna (Min=4.28, SP=0.99). Didapati juga, item pernyataan aplikasi Canva dapat menjimatkan masa pelajar dalam menghasilkan suatu reka bentuk (Min=4.31, SP=1.03),  pelajar gembira dengan hasil kerja yang dilakukan dalam aplikasi Canva kerana setanding dengan menggunakan perisian reka bentuk yang lain (Min=4.28, SP=0.97) dan dapatan kajian keseluruhan menunjukkan penggunaan aplikasi Canva telah memberi pelbagai manfaat kepada pelajar dalam proses PdP (Min=4.29, SP=1.0). Penggunaan Canva juga merangsang minat dan kreativiti pelajar serta memudahkan proses pembelajaran dengan menyediakan akses kepada pelbagai templat dan elemen reka bentuk.

Downloads

Published

04-09-2024

How to Cite

WAN OMAR, W. N. S., Che Wil , C. H. ., & Abdul Rashid, N. H. . (2024). Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Perisian Canva Sebagai Media Reka Bentuk Dalam Proses PdP. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 298–309. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/83