Tahap Kesediaan Pelajar dalam Menghadapi Peperiksaan Akhir bagi Kursus Matematik Kejuruteraan

Authors

  • Diana Malini Jarni Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  • Rabiatul Adawiyah Rosli Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  • Siti Mariam Rajab Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Keywords:

Buku, Matematik, Peperiksaan Akhir

Abstract

Kursus Matematik Kejuruteraan diklasifikasikan sebagai common core course yang perlu diambil oleh pelajar peringkat Diploma dalam jurusan Kejuruteraan di Politeknik. Ia merupakan kursus asas yang perlu dikuasai pelajar dalam mengaplikasikan pelbagai teknik pengiraan dalam bidang Kejuruteraan. Kajian ini melihat kepada tahap persediaan pelajar dalam menghadapi peperiksaan akhir menggunakan Buku Analysis of Final Examination Question: Electrical Engineering Mathematics yang diterbitkan sebagai salah satu alat dan bahan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam meningkatkan penguasaan pelajar terhadap kursus ini. Responden terdiri daripada pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik yang mengambil kursus DBM30043 Electrical Engineering Mathematics. Tinjauan dilakukan secara kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik dan analisa dilaksanakan menggunakan perisian Microsoft Excel. Hasil kajian ini menunjukkan peningkatan yang positif terhadap tiga elemen yang penting dalam penguasaan kursus Matematik dan turut menunjukkan bahawa pelajar lebih bersedia dan yakin untuk menduduki peperiksaan akhir. Kesimpulannya, buku Analysis of Final Examination Question sesuai digunakan sebagai salah satu alat dan bahan PdP yang berkesan sebagai langkah persediaan mereka menghadapi peperiksaan akhir.

Downloads

Published

04-09-2024

How to Cite

JARNI, D. M., ROSLI, R. A., & RAJAB, S. M. (2024). Tahap Kesediaan Pelajar dalam Menghadapi Peperiksaan Akhir bagi Kursus Matematik Kejuruteraan. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 287–297. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/79