Pembangunan Aplikasi (Mobile Learning): MSL-MATH 1
Keywords:
link tree, M-pembelajaran, Model ADDIE , Pembelajaran KendiriAbstract
Pelajar pada hari ini lebih selesa memilih kaedah pembelajaran kendiri yang tidak terikat dengan masa dan tempat yang ditetapkan. Akan tetapi tanpa guru sebagai pembimbing, contoh soalan dalam modul dan buku rujukan yang diberikan tidak menjamin pelajar akan dapat memahami isi pembelajaran yang disediakan. Atas inisiatif ini, aplikasi MSL-Math 1 dibangunkan bagi membantu para pelajar semester 1 politeknik Malaysia yang mengambil kursus Engineering Mathematics 1 untuk menjalani pembelajaran kendiri dengan merujuk kepada satu pautan Link.tree sahaja. Kajian ini membincangkan rekabentuk dan pembangunan kandungan apliksai dengan menggunakan model ADDIE yang telah diubah mengikut kesuaian. Berdasarkan maklum balas yang diberikan menunjukan persepsi pelajar terhadap manfaat kandungan aplikasi ini adalah baik dan membantu mereka menjalankan pembelajaran secara kendiri dengan nilai purata skor min 4.05