Keberkesanan Kolaborasi bersama Hudbaba Barber Academy dalam menjalankan Kursus Pendek Guntingan Rambut

Authors

  • Ismail Samsudin Kolej Komuniti Paya Besar
  • Norita Ahmad Kolej Komuniti Paya Besar

Keywords:

Keberkesanan, Kolaborasi, Kursus Pendek

Abstract

Penekanan terhadap agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) oleh pihak kerajaan adalah bertujuan memastikan komuniti mendapat peluang kemahiran merentasi peringkat umur dan latar belakang pendidikan. Justeru kajian ini adalah berkaitan keberkesanan kolaborasi bersama agensi Hudbaba Barber Academy dalam menjalankan program PSH bagi sub bidang guntingan rambut. Ia di lihat mampu memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk mendapatkan kemahiran yang mampu menjana atau meningkatkan pendapatan. Kajian ini juga adalah untuk melihat faedah jalinan kolaborasi yang dijalankan antara agensi dan institusi. Kaedah kuantitatif digunakan bagi pengumpulan data melalui borang soal selidik secara atas talian. Seramai 31 orang peserta bagi kedua-dua program Asas Guntingan Rambut dan Guntingan Rambut Wanita terlibat dalam kajian ini. Hasil dapatan menunjukkan 94% peserta telah dapat meningkatkan kemahiran guntingan rambut dan 65% peserta berjaya menjana dan meningkatkan pendapatan mereka dalam bidang program yang dihadiri. Disamping itu, majoriti peserta bersetuju mereka mendapat faedah seperti menghadiri kursus dengan harga yang murah, berkongsi kemahiran bersama tenaga pengajar, kelancaran kursus yang dijalankan serta mengaplikasikan pengetahuan yang diperolehi hasil jalinan kolaborasi yang dijalankan bersama syarikat Hudbaba Barber Academy. Diharap jalinan kerjasama seumpama ini mampu membuka mata masyarakat terhadap peranan Kolej Komuniti Paya Besar selaku peneraju institusi TVET dengan pihak agensi iaitu syarikat Hudbaba Barber Academy dalam memastikan kejayaan program kolaborasi yang dirancang.

Downloads

Published

25-09-2024

How to Cite

Samsudin, I., & Ahmad, N. (2024). Keberkesanan Kolaborasi bersama Hudbaba Barber Academy dalam menjalankan Kursus Pendek Guntingan Rambut . SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 431–441. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/73