Pembudayaan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) Program Sijil Teknologi Pembuatan, Kolej Komuniti Malaysia
Keywords:
Pembudayaan IR4.0 dalam Program, Program Sijil Teknologi Pembuatan Kolej Komuniti, Revolusi Industri 4.0Abstract
Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) sudah hangat diperkatakan diseluruh dunia bermula beberapa tahun lalu. Revolusi ini memberi impak yang besar kepada sektor sosioekonomi, teknologi pembuatan, pengkomputeran, automasi dan juga tidak ketinggalan dalam sektor pendidikan. Kajian ini dijalankan bertujuan merungkai amalan membudayakan revolusi IR4.0 di dalam Program Sijil Teknologi Pembuatan, Kolej Komuniti. Aspek-aspek yang difokuskan dalam kajian ilmiah ini adalah seperti tahap kesediaan pengetahuan dan kemahiran pensyarah dalam bidang ini, kesesuaian kurikulum yang digunapakai dalam proses Pembelajaran dan Pengajaran (PdP), serta bantuan sokongan pihak pengurusan dan institusi berkaitan kemudahan infrastruktur dan peralatan yang berhubung kait dengan IR4.0. Kaedah kajian secara kuantitatif dipraktikkan, melalui pengedaran soal selidik secara atas talian. Seterusnya, perolehan data dianalisis menggunakan perisian SPSS bagi mendapatkan bacaan kekerapan, peratusan dan skor min. Dapatan kajian memberikan gambaran bahawa amalan membudayakan dan mempraktikkan elemen IR4.0 di dalam Program Teknologi Pembuatan sedang giat dilaksanakan, sentiasa berterusan dan menampakkan interpretasi yang positif. Hasil kajian ini diharap mampu memberi fakta dan informasi yang bermanfaat kepada pihak kementerian dan pengurusan tertinggi kolej komuniti dalam memacu pendididkan TVET bertunjangkan IR4.0
References
Hamzah R., Kamarul M. & Faizul A. (2021). Kajian Terhadap Cabaran lmplementasi Elemen IR4.0 dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Kejuruteraan Elektrik Politeknik Malaysia. ANP Journal of Social Science and Humanities, Vol. 2, No. 1, pages 17 - 25.
lzzuan I., Faiz D. & Yusri K. (2020). Practices and Planning of Ministries and Institutions of Technical and Vocational Educational Training (TVET) in Facing the Industrial Revolution 4.0 (IR4.0}. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), Volume 5, Issue 3, page 47 - 50.
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (Jun 2021 ), Kurikulum Program Sijil Teknologi Pembuatan (SMN), Versi 140621_2.
Manonmani D. & Saravanan P. (2020). Literature Education and Industrial Revolution 4.0. Universal Journal of Education Research, Vol. 8, No. 3, pages 1027 - 1036.
Mei Y. L. (2022). A Review of Curriculum Change and Innovation for Higher Education. Journal of Education and Training Studies, Vol. 10, No. 2, pages 16 - 23. Muzaffar M., Farid A. & lntan T. (2020). Kesediaan Pengetahuan Revolusi lndustri 4.0 dalam Kalangan Pensyarah Politeknik Kata Kinabalu. Sumber daripada https://www .researchgate .net/
Rozana Sani. (2018, January 16) Embracing Industry. New Straits Times. Sumber daripada https://www.nst.corn.my/
Roziyani R. , Rizal I. & Nazri I. (2022). A Survey: Readiness of Malaysian Higher Education Institutes Towards the Adaptations of Industry Revolution 4.0. P1 International Conference on Information System & Information Technology (ICISIT), Vol. 1, pages 267 - 271 .
Suriani N., Tajularipin S. & Kai Y. W. (2023). The Challenges of Implementing Industrial Revolution 4.0 Elements in TVET. Journal of Technical Education and Training, Vol. 3, No.3, pages 169 - 181 .
Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (Jun 2021). Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara. https://www.ekonomi.qov.my/sites/default/files/2021-09/41Rvol2 FA BM.pdf