Penerokaan Aplikasi Virtual Reality (VR) Sebagai Pendidikan Interaktif dalam Kursus Automotif di Politeknik Sultan Azlan Shah

Authors

  • Mohd Zulfadli bin Ahmad Politeknik Sultan Azlan Shah
  • Mohd Zakhiri bin Yusof Politeknik Sultan Azlan Shah
  • Noor Athiqah binti Othman Politeknik Sultan Azlan Shah

Keywords:

Automotif, Pendidikan Interaktif, Virtual Reality

Abstract

Pengenalan kepada penerokaan interaktif Virtual Reality (VR) dalam sistem pendidikan merupakan nilai tambah terhadap kefahaman pelajar melalui penggunaannya di dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sedia ada.  Ia berpotensi untuk dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi (3D) yang dapat menyokong pembelajaran dan penerokaan dalam konteks pandangan orang pertama (first person perspective) dalam bentuk visualisasi. Pembinaan aplikasi mampu mengatasi masalah kekurangan pengetahuan pelajar sebelum melaksanakan tugasan praktikal. Aplikasi penerokaan interaktif Virtual Reality Automotif dibangunkan dengan menggunakan perisian Unity real-time 3D dan kaedah yang digunakan untuk membangunkan aplikasi ini merujuk kepada ADDIE model yang mengandungi Fasa Analisis, Fasa Rekabentuk, Fasa Pembangunan, Fasa Pelaksanaan dan Fasa Penilaian. Penggunaan VR membolehkan pengguna berinteraksi menggunakan pergerakan mata, badan atau tangan yang mana dapat membantu pelajar memperolehi pengalaman seterusnya memahami struktur dan binaan dalam sistem automotif termasuklah yang terkandung dalam silibus Politeknik Malaysia. Di PSAS, penerokaan VR diterapkan di dalam kursus automotif seperti DJA20013 Automotive Technology 1 dan DJA20032 Automotive Workshop Practice 1. Dengan penggunaan VR, pelajar boleh berinteraktif dan merasai pengalaman sebenar seperti melaksanakan kerja-kerja membaikpulih di bengkel automotif. Pelajar juga dapat mengambil aktif dan menjadikan rujukan sebelum melaksanakan kerja pada komponen automotif yang sebenar. Tahap penerimaan aplikasi adalah tinggi dengan skor min 4.30 dan sisihan piawai 0.706. Ianya menunjukkan aplikasi ini sesuai digunakan sebagai pendidikan interaktif dan memenuhi keperluan pelajar. Inovasi ini juga akan menyokong institusi dalam melaksanakan konsep inovasi digital selaras dengan perkembangan Revolusi Industri 4.0. Inovasi ini juga boleh diakses oleh semua pengguna yang berminat dalam bidang teknologi automotif. 

Downloads

Published

27-09-2024

How to Cite

Ahmad, M. Z. bin, Mohd Zakhiri bin Yusof, & Noor Athiqah binti Othman. (2024). Penerokaan Aplikasi Virtual Reality (VR) Sebagai Pendidikan Interaktif dalam Kursus Automotif di Politeknik Sultan Azlan Shah. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 254–253. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/68