Kesedian Pelajar Sijil Teknologi Maklumat Terhadap Penggunaan Aplikasi ChatGPT dalam Pembelajaran Pengaturcaraan: Satu Kajian di Kolej Komuniti Paya Besar
Keywords:
ChatGPT, Pendidikan, Pengaturcaraan, Teknologi Kecerdasan BuatanAbstract
Penggunaan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam bidang pendidikan telah merubah landskap pendidikan dan menawarkan peluang baharu untuk pembelajaran. Aplikasi ChatGPT adalah salah satu contoh inovasi daripada teknologi AI. Aplikasi ChatGPT diperkenalkan oleh OpenAI pada tahun 2022. Kursus pengaturcaraan merupakan kursus wajib bagi pelajar Sijil Teknologi Maklumat (STM). Kursus ini adalah asas dan wajib dikuasai oleh pelajar STM. Aplikasi ChatGPT ini berpontensi membantu meningkatkan minat dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran pengaturcaraan. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap pengetahuan, penerimaan pelajar dan faktor yang mempengaruhi pelajar STM, Kolej Komuniti Paya Besar terhadap penggunaan aplikasi ChatGPT. Instrumen kajian menggunakan soal selidik. Seramai 56 orang responden terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada pelajar semester 1 dan semester 2, bagi program Sijil Teknologi Maklumat di Kolej Komuniti Paya Besar. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang responden untuk kesemua 25 item bagi mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian. Dapatan menunjukkan nilai alpha Cronbach adalah 0.987. Ini menunjukkan kesemua item yang dibina adalah bersesuaian. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan dan penerimaan pelajar STM, Kolej Komuniti Paya Besar terhadap penggunaan aplikasi ChatGPT dalam pembelajaran pengaturcaraan berada pada tahap yang tinggi. Terdapat tiga faktor utama yang mempengaruhi pelajar menggunakan aplikasi ChatGPT dalam pembelajaran pengaturcaraan iaitu kemudahan ICT yang disediakan di kolej mencukupi, keperluan masa kini dan galakan dari rakan sebaya. Kesimpulannya aplikasi ChatGPT banyak memberi manfaat kepada pelajar, namun penggunaan aplikasi ini harus disertai dengan latihan dan bimbingan yang sesuai untuk memaksimumkan manfaatnya.