Keberkesanan Program Fighting For Pass Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Kursus Matematik Kejuruteraan 2

Authors

  • Noor Hidayah Awang Politeknik Merlimau
  • Faridah Othman Politeknik Merlimau

Keywords:

Keberkesanan Program , Kursus Matematik, Pencapaian Akademik

Abstract

Kursus Matematik merupakan satu kursus yang wajib diambil oleh pelajar kejuruteraan politeknik.  Bermula sesi 2:2022/2023, pelaksanaan markah minimum 40% bagi penilaian kerja kursus (PKK) dan 20% bagi peperiksaan akhir memberikan kesan yang besar kepada peratus kelulusan untuk kursus Matematik Kejuruteraan 2 secara keseluruhannya. Hasil keputusan peperiksaan akhir Sesi 2: 2022/2023 menunjukkan pola penurunan peratus kelulusan iaitu 77.9% berbanding 86.6% bagi Sesi 1:2023/2024. Tanpa syarat baru ini, peratus kelulusan adalah 98.14%. Namun demikian, syarat baru ini memberikan isyarat kualiti pelajar yang lebih baik dan seimbang dari segi penguasaan ilmu dimana terdapat penurunan bilangan pelajar yang gagal seramai 106 orang pelajar pada sesi 2:2022/2023  kepada hanya 20 orang pelajar yang gagal pada sesi 1:2023/2024. Disebabkan bilangan kegagalan yang tinggi pada sesi 2:2022/2023, satu program Continual Quality Improvement (CQI) iaitu Fighting For Pass berkonsepkan latih tubi dijalankan dan kajian ini dibuat untuk menilai keberkesanan program tersebut dalam memberi kesan keatas pencapaian akademik pelajar bagi kursus Matematik Kejuruteraan 2. Seramai 149 orang pelajar diambil sebagai responden dan keberkesanan program diukur daripada data soal selidik dianalisis menggunakan SPSS versi 29.0, laporan peperiksaan jabatan, dan laporan CQI bagi sesi 1:2023/2024 dan sesi 2: 2022/2023. Perbandingan data dilakukan ke atas Kadar Lulus dan Gagal Keseluruhan juga perbezaan Course Assessment dan Final Examination (CA-FE). Hasil perbandingan menunjukkan perbezaan yang ketara pada pencapaian peperiksaan akhir pelajar dan menunjukkan keberkesanan program yang tinggi bagi Kursus Matematik Kejuruteraan 2 khususnya.

Downloads

Published

04-09-2024

How to Cite

AWANG, N. H., & OTHMAN, F. (2024). Keberkesanan Program Fighting For Pass Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Bagi Kursus Matematik Kejuruteraan 2. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 232–241. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/61