Keberkesanan Kursus Pendek di Kolej Komuniti Kota Melaka: Peningkatan Ilmu Kemahiran dan Penjanaan Pendapatan
Keywords:
Keberkesanan, Kolej Komuniti, Kursus PendekAbstract
Kolej Komuniti di seluruh Malaysia menyediakan kursus sepenuh masa yang diiktiraf oleh kerajaan kepada pelajar lepasan sekolah menengah dan juga pelajar yang tercicir serta melaksanakan kursus pendek yang dikenali dengan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) kepada komuniti setempat. Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini turut memberikan tumpuan kepada program PSH demi melengkapkan masyarakat MADANI dengan pelbagai ilmu kemahiran dan pengetahuan. Sejajar dengan hasrat ini, Kolej Komuniti Kota Melaka (KKKM) telah menawarkan pelbagai kursus kemahiran kepada komuniti setempat yang ingin meningkatkan ilmu kemahiran dan merasai pengalaman menyertai kursus pendek PSH ini. Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk melihat keberkesanan kursus pendek di KKKM dalam konteks peningkatan ilmu kemahiran dan juga penjanaan pendapatan dikalangan peserta. Responden kajian melibatkan seramai 50 orang peserta kursus pendek yang pernah menyertai kursus pendek di KKKM dalam bidang kecantikan dan spa dan juga bidang dandanan rambut. Rekabentuk kajian dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang soal selidik. Hasil dapatan dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0 untuk mencari nilai min, frekuensi dan sisihan piawai. Hasil kajian mendapati bahawa tahap keberkesanan kursus pendek dari segi peningkatan tahap ilmu kemahiran peserta berada pada tahap yang tinggi dengan nilai purata skor min 4.34 dan dari segi penjanaan pendapatan juga berada pada tahap yang tinggi dengan purata skor min 4.19. Dengan penganjuran kursus pendek yang ditawarkan oleh KKKM didapati tela memberi kesan yang positif kepada peserta dan ia seharusnya diteruskan pada masa hadapan bagi membantu memperkasakan komuniti setempat.