Pencapaian Objektif Program (PEO) Bagi Program Diploma Teknologi Automotif Di Kolej Vokasional Taiping: Satu Kajian Tinjauan

Authors

  • Mohammad Hazrul Md Jori Kolej Vokasional Taiping

Keywords:

Kolej Vokasional , Pencapaian Objektif Program , Program Teknologi Automotif

Abstract

Kajian pencapaian Programme Educational Objectives (PEO) merupakan salah satu usaha Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPLTV) dan Kolej Vokasional untuk mencapai matlamat organisasi dalam menghasilkan graduan TVET yang diyakini dan menjadi rebutan majikan bagi menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Hal ini kerana, objektif pembentukan KV KPM adalah melahirkan 70% graduan TVET yang berkemahiran dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan industri. Pembentukan KV ini juga adalah untuk mengukuhkan kerelevanan dan keresponsifan program pengajian Diploma Teknologi Automotif untuk memenuhi keperluan industri (BPLTV, 2022). Justeru, kajian ini adalah bertujuan untuk mengukur tahap pencapaian empat PEO Program Diploma Teknologi Automotif di Kolej Vokasional Taiping bagi graduan 2019 dan 2020. Kajian ini menggunakan rekabentuk kajian tinjauan dengan mengambil pendekatan kaedah kuantitatif dan menggunakan analisis deskriptif kerana kajian ini dapat memperihal tentang sesuatu perkara dengan mengambil kira pelbagai aspek dan faktor yang perlu dinilai. Hasil dapatan data kajian ke empat-empat PEO Program Diploma Teknologi Automotif di Kolej Vokasional Taiping menunjukkan kesemua objektif kajian tercapai dengan min melebihi sasaran KPI 3.50 dengan tahap pencapaian pengukuran pencapaian objektif program (PEO) adalah tinggi. Dapatan data kajian ini amat penting kerana graduan merupakan salah satu pihak berkepentingan (stakeholder) yang berhak memperoleh pengetahuan, kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah yang merupakan nilai tambah kepada seseorang pelajar semasa melanjutkan pengajian di kolej Vokasional.

Downloads

Published

04-09-2024

How to Cite

MD JORI, M. H. (2024). Pencapaian Objektif Program (PEO) Bagi Program Diploma Teknologi Automotif Di Kolej Vokasional Taiping: Satu Kajian Tinjauan. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 204–216. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/58