Faktor-Faktor Pendorong Aktiviti Merokok Dalam Kalangan Mahasiswa Politeknik

Authors

  • Muhamad Hashim Ahmad Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  • Zaharatul Akmar Ahmad Zainuddin Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
  • Ahmad Yusri Abd Nasir Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Keywords:

Ketagihan , Merokok , Pelajar lelaki , Politeknik

Abstract

Para pelajar di Institusi Pengajian Tinggi Awam seperti politeknik tidak terkecuali terlibat dalam budaya merokok. Budaya negatif ini telah mengundang kebimbangan kepada pelbagai pihak baik institusi pendidikan, institusi kekeluargaan dan masyarakat.  Kesan ketara akibat budaya ini adalah  menjejaskan kesihatan, kecemerlangan akademik, kebersihan dan lain-lain. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mendorong pelajar Politeknik Malaysia terlibat dalam aktiviti merokok.  Objektif  kedua kajian melihat faktor-faktor mengekal pelajar terus merokok sepanjang pengajian. Metodologi kajian ini ialah berbentuk deskriptif menggunakan kaedah ‘convenience sampling’ dengan instrumen borang soal selidik. Populasi kajian ini melibatkan seramai 2,265 orang iaitu keseluruhan pelajar lelaki di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sampel kajian ialah seramai 322 responden berdasarkan Jadual Krejic dan Morgan. Kajian rintis turut dilaksanakan dengan nilai Cronbach Alpha 0.92 iaitu melepasi nilai piawaian 0.60 dan boleh dilaksanakan edaran borang kaji selidik. Data dianalisa  menggunakan SPSS berdasarkan frekuensi, purata skor min dan peratus. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mendorong pelajar mula merokok terdiri daripada ahli keluarga dengan purata skor min sebanyak 2.01,  rakan sebaya (purata skor min 2.9), diri sendiri  (purata skor min 2.81) dan media massa (purata skor min 2.76). Dapatan seterusnya, faktor-faktor yang mengekalkan pelajar terus merokok ialah ketagihan  (purata skor min 2.82), stres  (purata skor min 2.92), dan rasa tidak bahaya (purata skor min 2.99 ). Semoga dapatan ini membantu para pelajar, masyarakat, institusi pendidikan, dan para penyelidik seterusnya dalam mendepani cabaran  merokok pelajar Pusat Pengajian Tinggi ke arah budaya sifar merokok.

 

 

Downloads

Published

04-09-2024

How to Cite

AHMAD, M. H., Ahmad Zainuddin, Z. A. ., & Abd Nasir, A. Y. . (2024). Faktor-Faktor Pendorong Aktiviti Merokok Dalam Kalangan Mahasiswa Politeknik. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 189–203. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/55