Templat Pembinaan Model Haji Meningkatkan Kefahaman Murid Membezakan Rukun Haji Dan Perkara Wajib Haji
Keywords:
Haji, Model Haji, Perkara Wajib Haji, Rukun Haji, UmrahAbstract
Topik Haji dan Umrah merupakan sub topik bidang Fiqh bagi mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 4. Topik ini merupakan topik yang penting dalam kehidupan seorang pelajar muslim kerana ianya merupakan salah satu Rukun Islam dan juga turut terkandung dalam silibus Pendidikan Islam KSSM yang turut disoal dalam peperiksaan SPM. Pengkaji mendapati beberapa orang murid terkeliru di antara Rukun dan Perkara Wajib Haji ini sehingga menyebabkan murid membiarkan kertas jawapan kosong ketika Pentaksiran Pertengahan Tahun dan berlarutan sehingga Pentaksiran Akhir Tahun Tingkatan 4. Sehubungan dengan itu, kajian ini dijalankan untuk menambah baik amalan pengajaran guru dalam membantu murid membezakan Rukun dan Perkara Wajib Haji sekaligus meningkatkan kefahaman murid tentang perkara tersebut. Dalam kajian ini, murid membina Model Haji menggunakan templat yang disediakan oleh guru untuk membantu mereka membezakan Rukun dan Perkara Wajib Haji. Data dikumpulkan melalui Pentaksiran Akhir Tahun dan analisis dokumen soalan Ujian Topikal 1 sebelum kajian dijalankan. Seramai 2 orang murid lelaki Tingkatan 4 Epsilon terlibat dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian menunjukkan pembinaan Model Haji membantu meningkatkan kefahaman murid membezakan Rukun dan Perkara Wajib Haji berdasarkan peningkatan markah iaitu Murid 1 berjaya memperoleh sebanyak 72% markah manakala Murid 2 berjaya memperoleh markah sebanyak 92%. Pengkaji mengharapkan agar inovasi templat pembinaan model haji ini dapat membantu guru-guru Pendidikan Islam dalam menyampaikan pengajaran Topik Haji dan Umrah dengan lebih berkesan khususnya dalam membezakan Rukun Haji dan Perkara Wajib Haji.
References
Kamarul Azmi Jasmi., Ab Halim Tamuri. (2007) Pendidikan Islam Kaedah Pengajaran & Pembelajaran. Universiti Teknologi Malaysia. 136, 184 dan 236.
Shuhadak Mahmud. (2020) Mendidik Gaya Rasulullah. Galeri Ilmu. 129.
Wan Ali Akbar Wan Abdullah, Khadijah Abdul Razak, Mohd Isa Hamzah, Nursafra Mohd Zhaffar, (2021). Inovasi “ Hajj pop-up Tour”: Kemahiran dan Pengetahuan yang diperlukan untuk Membangunkannya. Innovative Teaching and Learning Journal, 5 (1), 23-30