Analisis Persepsi Pelajar di Kolej Komuniti Bukit Beruang Bagi Penggunaan E-Book Reservation Semudah 123
Keywords:
Alat bantu mengajar , Front Office , Kolej KomunitiAbstract
e-Book: RESERVATION SEMUDAH 123 dibangunkan sebagai alat bantu mengajar (ABM) oleh pensyarah bagi Kursus Front Office Sijil Operasi Perhotelan (SOP) Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka (KKBBM). Ia menerangkan tentang prosedur penempahan untuk bilik hotel dan istimewanya e-book ini dilengkapi dengan contoh-contoh dialog bersuara yang boleh dijadikan rujukan kepada pelajar. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti maklumbalas terhadap e-Book ini dalam kalangan pelajar SOP 2 dan SOP 3 dari segi reka bentuk, susun atur, tahap pemahaman pelajar terhadap Modul Front Office dan impak hasil penggunaannya terhadap penguasaan kefahaman mereka. Pendekatan kuantitatif melalui teknik tinjauan digunakan dengan membuat edaran borang soal selidik yang terdiri dari Skala Likert lima mata. Populasi kajian melibatkan 30 pelajar SOP 02 dan SOP 3 KKBBM yang. Seramai 29 responden dipilih sebagai sampel bagi mewakili populasi sebagaimana yang dicadangkan dalam Jadual Krecie dan Morgan. Perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23.0 digunakan untuk menganalisis dapatan yang terkumpul bagi mendapatkan keputusan peratus dan min. Hasil dapatan daripada penyelidikan ini menunjukkan para pelajar bersetuju bahawa e-Book: RESERVATION SEMUDAH 123 sangat membantu dalam Modul Front Office. Dapatan ini penting kepada para pensyarah untuk meneruskan penggunaan e- Book ini dalam pengajaran dan pembelajaran disamping membuat penambahbaikan bagi memastikan penggunaannya sentiasa relevan sebagai ABM pada yang membantu dalam pencapaian hasil pembelajaran pelajar.