Tahap Kesihatan Mental Pelajar Era Pasca Pandemik Covid-19 : Satu Tinjauan Awal

Authors

  • Nazelira A Rahim Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka
  • Tan Pey Pey Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka
  • Norhayati Ali Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka

Keywords:

DASS-21, Kebimbangan, Kemurungan, Stres

Abstract

                                   

Abstrak

Isu kesihatan mental kini telah menjadi elemen penting yang mula disedari kepentingannya dalam kesejahteraan kehidupan manusia. Kajian ini dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada isu kesihatan mental  pelajar semester 1 (satu) di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Tiga elemen utama yang menjadi topik utama kajian ialah dengan melihat kepada kesihatan mental dari segi stres, kebimbangan dan kemurungan. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur sejauh mana tahap kesihatan mental pelajar bagi elemen tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif iaitu kaedah soal selidik dalam bentuk google form bagi mengumpul maklumat yang dikehendaki. Kajian ini melibatkan seramai 60 orang sampel pelajar lelaki dan perempuan daripada 66 orang keseluruhan pelajar semester satu di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka (KKBBM). Selain itu, kajian juga dijalankan untuk menguji perbezaan tahap kesihatan mental berdasarkan jantina pelajar. Kajian yang berbentuk kuantitatif ini telah menggunakan instrumen kajian untuk mengukur tekanan psikologikal iaitu Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21). Dapatan kajian menunjukkan tahap kesihatan mental pada tahap yang normal. Namun demikian, terdapat segelintir pelajar berada pada tahap kesihatan mental yang teruk dan sangat teruk iaitu 1.7 % daripada bilangan keseluruhan sampel kajian bagi elemen tekanan dan 13.3% bagi kebimbangan. Dapatan juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara tahap kesihatan mental pelajar bagi ketiga-tiga elemen dengan jantina pelajar iaitu  Mann-Whitney U (283)= -1.377, p=.168 bagi tekanan, Mann-Whitney U (287.5)= -1.289, p=.197 bagi aspek kebimbangan dan Mann-Whitney U (304.5)= -1.010, p=.312 bagi aspek kemurungan.  Oleh itu, dapatan kajian ini boleh dijadikan panduan pihak bertanggungjawab untuk merancang usaha berterusan dalam menjalankan ujian pemeriksaan awal serta program saringan kesihatan mental terutamanya dalam kalangan kepada pelajar. Usaha yang komprehensif dan bersepadu daripada semua pihak diharapkan dapat mengelakkan masalah yang lebih serius seperti berkecenderungan tingkah laku negatif dan pasif pelajar sepanjang pengajian.

 

Kata Kunci: DASS-21; Kebimbangan; Kemurungan; Stres.

Downloads

Published

25-09-2024

How to Cite

A Rahim, N., Tan Pey Pey, & Norhayati Ali. (2024). Tahap Kesihatan Mental Pelajar Era Pasca Pandemik Covid-19 : Satu Tinjauan Awal. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 145–155. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/45