Kajian Keberkesanan Program Diploma in Rail Signalling and Communication Technology di Kolej Komuniti Masjid Tanah

Authors

  • Mohammad Hairy Kharauddin Kolej Komuniti Masjid Tanah
  • Wan Ahmad Ramzi Wan Yusuf Kolej Komuniti Masjid Tanah
  • Mohd Fitri Ab Rasid Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah

Keywords:

Keberkesanan, Program Diploma, Keretapi, kerjaya, Kluster TVET, Kolej Komuniti

Abstract

Kajian ini dikemukakan untuk membentangkan keberkesanan program Diploma in Rail Signalling and Communication Technology (DSC) yang dilaksanakan di Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) untuk tindakan pihak Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Sehubungan itu, penawaran DSC adalah bersesuaian bagi mewujudkan peluang potensi bagi pelajar lepasan SPM dan masyarakat setempat melalui pendidikan dan latihan yang disediakan berikutan tiadanya kolej komuniti di kawasan Parlimen Masjid Tanah dan Malaysia umumnya. Parlimen Masjid Tanah terletak di bawah Daerah Alor Gajah, Melaka. Maka adalah relevan untuk kajian keberkesanan program dilakukan selepas pelaksanaan program ini. Hal ini menjadi satu keperluan kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk memperluaskan akses pelajar dan masyarakat setempat kepada bidang TVET yang ditawarkan. Ianya dapat meningkatkan reputasi pihak jabatan sebagai institusi TVET dan menarik lebih ramai lepasan menengah dan sijil untuk mengikuti program yang ditawarkan. Bagi merealisasikan pertambahan enrolmen graduan TVET, golongan belia bakal menyumbang sebagai tenaga kerja yang akan memenuhi permintaan industri serta memacu pertumbuhan ekonomi negara. Secara keseluruhannya skor min bagi persoalan kajian yang diutarakan terhadap program DSC adalah tinggi. Kewujudan program ini menarik minat kepada pemegang taruh yang memberi kesan yang tinggi kepada keberkesanan program ini. Berdasarkan maklumbalas, didapati mereka walaupun ada yang tidak mengenali Kolej Komuniti tetapi melihat kepada potensi pelajar yang dilatih memberikan gambaran yang baik kepada kewujudan program ini di Malaysia. Program DSC adalah relevan untuk diteruskan dalam mencapai misi bagi menyediakan modal insan berkemahiran dan berpengetahuan dalam bidang. Daripada soal selidik yang dijalankan didapati responden bersetuju tahap keberkesanan program ini.

Downloads

Published

25-09-2024

How to Cite

Kharauddin, M. H., Wan Yusuf, W. A. R. ., & Ab Rasid, M. F. . (2024). Kajian Keberkesanan Program Diploma in Rail Signalling and Communication Technology di Kolej Komuniti Masjid Tanah . SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 126–144. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/44