Pemikiran Reka Bentuk Dalam Latihan Perguruan Abad 21 di Institut Pendidikan Guru Malaysia: Satu Tinjauan Awal
Keywords:
Kurikulum Latihan Perguruan, Pemikiran Reka Bentuk, Pembinaan Pengetahuan, Siswa GuruAbstract
Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi yang sangat pesat dalam bidang pendidikan menuntut siswa guru menyediakan diri dengan pengetahuan dalam kemahiran reka bentuk bagi membantu mereka melaksanakan segala aktiviti berorientasikan pembelajaran abad ke-21 ini. Kajian ini berdasarkan tinjauan literatur bertujuan untuk menilai bagaimana pendekatan Pemikiran Reka Bentuk (PRB) digunakan dan mempunyai perkaitannya dengan latihan perguruan dalam kalangan siswa guru. Penulisan ini memberi tumpuan carian artikel ilmiah berdasarkan literatur kajian daripada pelbagai sumber pengkatan data seperti Springer, Google Scholar, Elsevier, Science Direct, EBCOHost, ERIC, ResearchGate, Pro Quest, SAGE dan Routledge Taylor & Francis. Sebanyak 117 artikel dikumpul (N=117) daripada pelbagai disiplin kajian berkaitan pelaksanaan PRB dalam latihan perguruan. Berdasarkan penelitian ini, empat isu utama dikenal pasti terdiri daripada pembinaan pengetahuan dan kemahiran siswa guru terhadap PRB, penyediaan bahan PdP, dan strategi dan kaedah PdP melalui sokongan TPACK terhadap pembangunan PRB dan cabaran terhadap kompetensi siswa guru. Kajian literatur ini memberi tumpuan kepada artikel-artikel yang diterbitkan antara tahun 2018 hingga 2024. Untuk menganalisis penyelidikan, pengkaji menggunakan aplikasi Mendeley bagi memudahkan pengkaji mengelompokkan isu berkaitan PRB bagi penulisan berikutnya. Hasil penelitian ini menunjukkan kebolehlaksanaan PRB dalam kurikulum latihan perguruan mempunyai nilai tambah yang relevan dijadikan sebagai sebahagian daripada kemahiran yang perlu dikuasai siswa guru.