Tren Penglibatan Golongan Rentan dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Selandar Sebelum dan Selepas Pandemik COVID-19

Authors

  • Nur Azlin Azhari Kolej Komuniti Selandar
  • Nor Hidayah Ahmad Mustafa Kolej Komuniti Selandar
  • Nor’akma Osman Kolej Komuniti Selandar

Keywords:

Golongan Rentan, Pandemik, Pembelajaran Sepanjang Hayat

Abstract

Pandemik COVID-19 telah banyak memberi impak kepada kehidupan manusia terutamanya golongan rentan seperti penjarakkan jurang ketidaksamarataan sosial berbanding sebelum ini disebabkan oleh faktor peningkatan pengangguran dan gangguan pendidikan. Oleh itu, program PSH yang bertujuan untuk memberikan pendidikan dan pembelajaran kepada segenap lapisan masyarakat dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran disamping menjana pendapatan dan meningkatkan taraf ekonomi mula mendapat perhatian. Oleh yang demikian, Kolej Komuniti sebagai pusat pembekal PSH utama di Malaysia perlu mengenal pasti perubahan yang berlaku keatas tahap penglibatan golongan rentan dalam PSH sebelum dan selepas pandemik COVID-19 bagi memastikan peranan Kolej Komuniti sebagai pembekal PSH bagi golongan sasaran mencapai matlamat. Penggunaan data sekunder yang diperolehi dari sistem e-PSH, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi melihat tren penglibatan golongan rentan bagi julat tempoh masa 2019 hingga 2023 digunakan dalam proses pengumpulan data. Data yang dikumpulkan kemudian dan dibentangkan dalam bentuk graf dan jadual agar dapat memberi gambaran yang lebih menyeluruh. Analisa menunjukkan golongan belia mencatatkan bilangan penyertaan tertinggi pada tahun 2019 dengan 1991 orang peserta diikuti oleh golongan miskin dengan 1853 orang peserta pada tahun 2023. Manakala, orang asli menunjukkan tahap penglibatan paling rendah dengan 13 orang peserta sahaja melalui dua tahun penglibatan iaitu tahun 2021; 2 orang dan 2023; 11 orang. Tahun 2020 menunjukkan penurunan penyertaan yang mendadak berbanding tahun 2019 (3063 orang peserta) mungkin disebabkan oleh pandemik COVID19 yang membataskan pergerakan orang ramai melalui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Perbezaan kadar penglibatan yang jelas dapat dilihat daripada penyertaan oleh golongan miskin dalam PSH sebelum; 861 orang dan selepas; 1853 pasca pandemik. Seperti yang kita sedia maklum, pengurangan pendapatan dan juga pengangguran yang telah menyebabkan penambahan kepada bilangan orang miskin secara langsung. Situasi ini menyebabkan masyarakat mula mencari peluang dan ruang untuk meningkatkan kemahiran dan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan PSH. Oleh yang demikian, perubahan dalam tren penglibatan golongan rentan dalam PSH di Kolej Komuniti Selandar mengikut kategori sebelum dan selepas pandemik dapat dilihat kesan dari beberapa faktor yang telah dikenalpasti.

Downloads

Published

25-09-2024

How to Cite

Azhari, N. A., Ahmad Mustafa, N. H., & Osman, N. (2024). Tren Penglibatan Golongan Rentan dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Selandar Sebelum dan Selepas Pandemik COVID-19. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 101–108. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/42