Persepsi Pelajar Terhadap Corak Pengajaran Pensyarah dan Pembelajaran Pelajar SKE di KKMT

Authors

  • Muhd Abu Bakar Muhd Radzi Kolej Komuniti Masjid Tanah
  • Zuraida Osman Kolej Komuniti Masjid Tanah
  • Mohd Zairil Zainal Kolej Komuniti Masjid Tanah

Keywords:

Sijil Teknologi Elektrik, Corak Pembelajaran Pelajar, Corak Pengajaran Pensyarah, Persepsi Pelajar

Abstract

Pengajaran dan pembelajaran adalah sangat penting kepada pelajar dalam memperolehi kecemerlangan akademik. Pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat menarik minat pelajar dan dapat mengelakkan pelajar daripada bosan dengan isi pelajaran yang dipelajari. Kajian tinjauan ini dijalankan untuk melihat corak pengajaran pensyarah dan corak pembelajaran pelajar Program Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Masjid Tanah. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada pelajar semester 2 & semester 3 bagi sesi 2 2023/2024 iaitu seramai 88 orang. Kajian ini merupakan kajian tinjauan menggunakan kaedah kajian kuantitatif dan instrumen kajian dengan menggunakan borang soal selidik. Data-data dikumpulkan dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 22.0 yang melibatkan analisis diskriptif. Skor min digunakan untuk menjawab persoalan kajian untuk melihat corak pengajaran pensyarah dan corak pembelajaran pelajar. Dapatan kajian menunjukkan corak pengajaran pensyarah dan corak pembelajaran pelajar berdasarkan persepsi pelajar adalah pada tahap tinggi, namun terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh pensyarah dan pelajar agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Objektif pertama kajian ini adalah mengenalpasti corak pengajaran pensyarah yang perlu dibaiki dan objektif kedua adalah mengenalpasti corak pembelajaran pelajar yang perlu dibaiki untuk meningkatkan kefahaman pelajar berdasarkan persepsi pelajar. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan, beberapa cadangan boleh digunakan sebagai panduan dalam bidang ini. Antara cadangan ialah menjalan kajian terhadap pensyarah untuk melihat kepelbagaian kaedah pengajaran pensyarah. Selain itu, disarankan juga menjalankan kajian untuk melihat hubungan corak pengajaran pensyarah dengan corak pembelajaran pelajar.

Downloads

Published

25-09-2024

How to Cite

Muhd Radzi, M. A. B., Osman, Z., & Zainal, M. Z. . (2024). Persepsi Pelajar Terhadap Corak Pengajaran Pensyarah dan Pembelajaran Pelajar SKE di KKMT. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 79–91. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/38