Tahap Kefahaman Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Amalan Batas Aurat Dan Pergaulan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Melaka

Authors

  • Mohd Faizal Mat Pesa Politeknik Melaka
  • Tuan Mohd Azhar Tuan Ngah Politeknik Melaka
  • Nurul Sa`Adah Mohyeddin Sekolah Kebangsaan Serkam

Keywords:

Aurat, Pelajar Politeknik, Tahap Kefahaman

Abstract

Amalan menutup aurat merupakan perintah Allah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam, Bukan sekadar mengetahui akan hukumnya tetapi ia juga perlu kepada penghayatan dan kesedaran akan pelaksanaannya dalam kehidupan. Ada yang berpendapat aurat hanya perlu ditutup ketika berada di dalam solat, manakala sebahagian lagi mengabaikannya apabila berada di luar solat. Kajian ini melibatkan 108 orang pelajar Politeknik Melaka bertujuan untuk meninjau tahap kefahaman dan faktor-faktor yang mendorong kepada amalan batas aurat dan pergaulan. Min, kekerapan dan peratusan digunakan untuk menerangkan kajian berbentuk deskriptif ini.Perisian SPSS 25.0 digunakan untuk menganalisis data tinjauan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman pelajar terhadap amalan menutup aurat dan pergaulan secara keseluruhan adalah sangat tinggi iaitu dengan skor min 4.67.Faktor keluarga dengan min 4.78 merupakan faktor yang paling besar kesannya terhadap amalan menutup aurat dan pergaulan pelajar, manakala faktor pensyarah paling sedikit memberi impak iaitu min 4.46.Kajian ini diharapkan dapat dijadikan bahan bacaan panduan kepada ibu bapa dan pihak pentadbiran Politeknik khususnya untuk menjalankan peranan masing-masing dalam melahirkan pelajar yang dapat memahami amalan menutup aurat dengan baik dan mengamalkannya secara konsisten sepanjang hayat bagi melahirkan generasi yang berkualiti, beriman dan bertakwa.

Downloads

Published

25-09-2024

How to Cite

Mat Pesa, M. F. ., Tuan Ngah, T. M. A. ., & Mohyeddin, N. S. . (2024). Tahap Kefahaman Dan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Amalan Batas Aurat Dan Pergaulan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Melaka. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 1–11. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/3