Pembangunan Projek 'Relex Station' Berkuasa Solar

Authors

  • Muhammad Ammri Mahmood Kolej Komuniti Masjid Tanah
  • Edry Syaza Izwan Faizal Kolej Komuniti Masjid Tanah
  • Ahmad Hafiz Mohammad Kolej Komuniti Masjid Tanah

Keywords:

Kecekapan Tenaga , Kelestarian Tenaga , Ruang Awam

Abstract

Projek ini bertujuan untuk menginovasi pembangunan Relex Station dengan menyediakan kemudahan lampu dan kipas yang beroperasi menggunakan tenaga solar, sebagai usaha untuk menambahbaik keselesaan pengguna dan mempromosikan penggunaan tenaga boleh baharu. Melalui integrasi sistem solar, projek ini juga bermatlamat untuk mengurangkan kesan karbon dan mempromosikan kelestarian alam sekitar. Pembangunan Relex Station ini merangkumi pemasangan panel solar, bateri penyimpanan tenaga, serta sistem kawalan yang cekap untuk mengoperasikan lampu LED dan kipas. Reka bentuk Relex Station diadaptasi untuk memaksimumkan pengumpulan tenaga solar, sambil memastikan kestabilan struktur dan keselesaan pengguna. Kajian dan analisis keberkesanan sistem dilakukan untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga dan memastikan kelestarian operasi dalam pelbagai kondisi cuaca. Pengguna menunjukkan respons positif terhadap peningkatan keselesaan yang disediakan oleh lampu dan kipas, serta kepuasan terhadap inisiatif kelestarian tenaga. Projek inovasi pembangunan Relex Station dengan kemudahan lampu dan kipas berkuasa solar ini berhasil menawarkan solusi yang praktikal dan lestari untuk meningkatkan keselesaan ruang awam. Melalui penggunaan tenaga boleh baharu, projek ini menyumbang ke arah pengurangan jejak karbon dan mempromosikan kesedaran tentang kepentingan kelestarian alam sekitar. Ke depan, projek ini berpotensi untuk diperluas ke lebih banyak lokasi, dengan penambahbaikan berdasarkan maklum balas pengguna dan teknologi tenaga solar yang semakin berkembang.

 

Downloads

Published

04-09-2024

How to Cite

MAHMOOD, M. A., FAIZAL, E. S. I., & Mohammad, A. H. . (2024). Pembangunan Projek ’Relex Station’ Berkuasa Solar . SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 70–78. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/29