Mengenalpasti Tahap Kebolehsaingan Pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam

Authors

  • Razizan Samad Kolej Komuniti Sabak Bernam
  • Nurul Hilwa Ahmad Alias Kolej Komuniti Sabak Bernam
  • Muhaimin Roji Politeknik Bagan Datuk, Perak

Keywords:

Kolej Komuniti Sabak Bernam, Daya Saing, Kebolehsaingan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kebolehsaingan pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam (KKSB), dengan tumpuan kepada aspek kebolehsaingan peningkatan diri, komunikasi, dan kerja. Selain itu, kajian juga mengkaji perbezaan kebolehsaingan antara pelajar mengikut jantina. Responden terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 123 pelajar yang mengikuti program Sijil Teknologi Elektrik (SKE), Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP), Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan (SPK), dan Diploma Teknologi Senibina (DAT) di KKSB. Metodologi kajian melibatkan penggunaan soal selidik sebagai instrumen utama. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 23 untuk mendapatkan nilai skor min dan peratus. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap kebolehsaingan pelajar secara keseluruhan adalah sederhana tinggi, dengan nilai purata skor min sebanyak 3.86. Kebolehsaingan peningkatan diri, komunikasi, dan kerja menunjukkan variasi nilai min yang berbeza-beza: 3.62 hingga 4.20, 3.19 hingga 4.17, dan 3.75 hingga 4.24 masing-masing. Kesimpulan kajian menunjukkan bahawa pelajar KKSB mempunyai tahap kebolehsaingan yang baik dalam aspek peningkatan diri, komunikasi, dan kerja. Perbezaan dalam kebolehsaingan antara jantina turut diperincikan. Kajian ini memberi implikasi kepada pentadbir pendidikan untuk merancang dan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan pembangunan kebolehsaingan pelajar.

Downloads

Published

25-09-2024

How to Cite

Samad, R., Ahmad Alias, N. H. ., & Roji, M. . (2024). Mengenalpasti Tahap Kebolehsaingan Pelajar Kolej Komuniti Sabak Bernam. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 60–69. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/28