Kajian Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP) Kursus Pendek Secara Dalam Talian (E-Pembelajaran) Di Kolej Komuniti Kuala Pilah
Keywords:
e-pembelajaran, Kolej Komuniti, Kursus Pendek Pembuatan KekAbstract
Abstrak
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif untuk mengkaji keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran (PdP) kursus pendek pembuatan kek secara dalam talian (online) di Kolej Komuniti Kuala Pilah (KKKP). Kursus pendek yang dilaksanakan di KKKP adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada peserta daripada mana-mana agensi kerajaan, agensi swasta, industri, badan bukan kerajaan (NGO) mahupun orang perseorangan, tanpa mengira peringkat umur dan dimana sahaja lokasi mereka berada untuk menambah ilmu pengetahuan, kemahiran serta meningkatkan taraf sosio ekonomi melalui program yang fleksibel dan mudah alih (mobile). Kajian ini terbahagi kepada tiga aspek utama bagi mengenalpasti tahap keberkesanan PdP kursus pendek pembuatan kek secara dalam talian iaitu tahap keberkesanan fasiliti yang peserta gunakan ketika kursus pendek berlangsung, tahap keberkesanan bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan oleh tenaga pengajar semasa kursus, dan tahap kompetensi peserta terhadap PdP secara dalam talian. Google Form digunakan untuk mengedarkan soal selidik kepada seramai 40 orang responden. Responden terdiri daripada peserta kursus pendek secara dalam talian bagi kursus pembuatan kek tapak kuda dan pembuatan kek manga di KKKP. Statistik diskriptif telah digunakan untuk menganalisa data bagi menjawab persoalan kajian. Hasil dapatan kajian menunjukan tahap keberkesanan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh tenaga pengajar berada pada tahap yang sangat baik dan positif. Manakala tahap keberkesanan fasiliti peserta kursus berada pada tahap sederhana tinggi. Ini menunjukan dua faktor ini sangat memainkan peranan yang penting untuk menigkatkan tahap kompentensi peserta terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kursus pendek pembuatan kek secara dalam talian. Beberapa cadangan kajian dikemukakan bagi meningkatkan keberkesanan PdP kursus pendek secara dalam talian pada masa akan datang yang lebih fokus kepada Teknologi AI dalam pelaksanaan kursus pendek.
Kata Kunci: E-Pembelajaran, Kolej Komuniti, Kursus Pendek Pembuatan Kek