Menjejak Potensi: Kajian Pengaruh Sistem Penasihatan Akademik terhadap Pembangunan Kompetensi Akademik dan Sosial dalam Kalangan Pelajar KKBgD
Keywords:
Minat, Pendidikan, Sikap, Sistem Penasihatan AkademikAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengaruh penggunaan Sistem Penasihatan Akademik (SPA) terhadap keputusan peperiksaan dan pencapaian sosial pelajar Sijil Komputer dan Rangkaian (SSK) di Kolej Komuniti Bagan Datuk (KKBgD). Kajian melibatkan 70 pelajar sijil Sistem Komputer dan Rangkaian ( SSK ) yang menggunakan SPA dan yang tidak menggunakan SPA. Data dianalisis menggunakan ujian t dan analisis varian (ANOVA) menggunakan perisian Phyton. Dapatan menunjukkan perbezaan tidak signifikan dalam keputusan peperiksaan keseluruhan, tetapi perbezaan signifikan dalam keputusan Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM). Pelajar yang menggunakan SPA menunjukkan keputusan HPNM yang lebih baik. Selain analisis kuantitatif, temuduga tidak berstruktur dilakukan untuk mendapatkan wawasan mendalam tentang impak SPA terhadap keputusan sosial pelajar. Temuduga separa berstruktur mengungkapkan persepsi pelajar tentang keberkesanan SPA dalam membantu mereka berinteraksi dengan penasihat akademik dan rakan sebaya, serta kesedaran mereka terhadap sumber sokongan yang ada di kolej. Hasil temuduga juga menunjukkan bahawa pelajar yang menggunakan SPA cenderung mempunyai kehadiran yang lebih baik dalam aktiviti luar bilik darjah dan lebih mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran akademik. Disyorkan agar penggunaan SPA diteruskan untuk meningkatkan pencapaian sosial dan akademik pelajar. Kajian masa depan boleh mempertimbangkan perbandingan lebih terperinci antara program Sijil SSK dan program Sijil Servis Motosikal Berkuasa TInggi ( SVM ) serta melihat perbezaan keputusan berdasarkan faktor demografi seperti jantina.
References
Brown, A. M., Howard, A. L., & Collins, M. A. (2022). The influence of academic advising on student well-being: A systematic review. Review of Educational Research, 92(1), 72-95.
Brunning, J.L. & Kintz, B.L., 1996: Computational Handbook of Statistics. 4th Edition. New York: Addison-Wesley Educational Publishers Inc. 78-81.
Chen, J., Zhang, J., & Yang, S. (2023). The impact of academic advising on student success in higher education: A meta-analysis. Studies in Educational Evaluation, 48, 101042.
Creswell, J. W. (2014). Research Design: Qualitative, Quantitative, and Mixed Methods Approaches. SAGE Publications.
Garcia, D. D., & Hernandez, M. G. (2023). The impact of academic advising on student academic outcomes: A meta-analytic review. Journal of Educational Psychology, 115(2), 201-218.
Johnson, L., Adams Becker, S., Estrada, V., & Freeman, A. (2019). NMC Horizon Report: 2019 Higher Education Edition. The New Media Consortium.
Johnson, M., Carter, C., & Morgan, M. (2021). Enhancing student success through digital advising interventions. Journal of Higher Education Management, 36(2), 77-92.