Perbezaan Faktor Mengikuti Kursus, Kemahiran Tenaga Pengajar, dan Objektif Kursus Berdasarkan TahapPengalaman Berniaga Peserta empowerNCER Daerah Kulim dan Bandar Baharu 2023

Authors

  • Nurul Husna Mohammad Taib Kolej Komuniti Kulim
  • Siti Aishah Nayan Kolej Komuniti Kulim

Keywords:

Faktor Mengikuti Kursus, Kemahiran Tenaga Pengajar, Kolej Komuniti, Kursus Pendek, Objektif Kursus

Abstract

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan tahap faktor mengikuti kursus, kemahiran tenaga pengajar dan objektif kursus peserta empowerNCER Daerah Kulim dan Bandar Baharu bagi tahun 2023. Keberkesanan kursus ditentukan melalui ketiga-tiga faktor ini berdasarkan faktor pengalaman berniaga. Metadologi menggunakan soal selidik di atas talian telah dijalankan terhadap 138 orang peserta di bawah kategori Kursus Jahitan Dan Rekabentuk Fesyen (35), Kursus Urutan Dan Penjagaan Selepas Bersalin (37), Kursus Baik Pulih Telefon Bimbit (15), Kursus Pembuatan Dan Pemprosesan Produk Hiliran (33) serta Kursus Multimedia Kreatif Dan Pencipta Kandungan Kreatif (34). Hasil dapatan ANOVA menunjukkan bahawa peserta yang berniaga lebih dari 5 tahun mempunyai tahap sebab mengikuti kursus yang tinggi, sebaliknya peserta yang berniaga 2 – 3 tahun memilih tahap kemahiran tenaga pengajar dan objektif kursus yang tinggi dalam mengukur tahap keberkesanan kursus. Hasil kajian menunjukkan wujudnya perbezaan yang signifikan berdasarkan peringkat pengalaman berniaga di mana nilai signifikan bagi aspek objektif kursus dan kemahiran tenaga pengajar.

 

Downloads

Published

12-11-2024

How to Cite

Mohammad Taib, N. H., & Nayan, S. A. . (2024). Perbezaan Faktor Mengikuti Kursus, Kemahiran Tenaga Pengajar, dan Objektif Kursus Berdasarkan TahapPengalaman Berniaga Peserta empowerNCER Daerah Kulim dan Bandar Baharu 2023. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 376–386. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/104