Kajian Analisis Berdasarkan Trend Permintaan Dan Penyertaan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Di Kolej Komuniti Ledang

Authors

  • Ayubkhan Abdul Kadir Kolej Komuniti Ledang
  • Zurani Buang Kolej Komuniti Ledang
  • Omar Anuar Kolej Komuniti Ledang

Keywords:

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH), Kursus, Kolej Komuniti Ledang, Trend Permintaan

Abstract

Abstrak

Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah pendekatan pembelajaran yang penting untuk memenuhi keperluan pendidikan dan latihan sepanjang hayat bagi komuniti setempat. Kolej Komuniti Ledang (KKLJ)  telah menunjukkan prestasi cemerlang Persist POLICC Sistem Performance Sysem  dalam penyertaan kursus PSH bagi tiga tahun berturut-turut. Walau bagaimanapun, analisis bertulis terhadap kluster bidang yang mempengaruhi pencapaian penyertaan kursus PSH masih belum dilakukan. Satu kajian telah dibangunkan bertujuan untuk menganalisis trend permintaan dan penyertaan kursus PSH di KKLJ. Instrumen kajian ialah pemerhatian   data dari pelaporan kursus PSH yang diperolehi melalui sistem ePSH. Objektif kajian ini unutk mengkaji trend permintaan mengikut  kluster kursus PSH yang ditawarkan di KKLJ dan Mengenal pasti  kursus PSH yang popular di KKLJ. Dapatan kajian dibantu oleh perisian Microsoft Excel untuk menghasilkan graf perbandingan kluster di mana kluster bagi katering dan sajian iaitu pastri di KKLJ mendapat 40.20 peratus manakala kluster yang lain peratusan di bawah 9.00 peratus. Melalui kajian ini, diharapkan pemahaman yang lebih mendalam dapat diperolehi mengenai permintaan dan penyertaan kursus PSH serta faktor-faktor yang mempengaruhinya. Hasil kajian ini akan memberikan panduan kepada pihak pengurusan dalam meningkatkan permintaan dan penyertaan kursus PSH, serta memberi implikasi kepada pengurusan kursus PSH di KKLJ.

 

Downloads

Published

25-09-2024

How to Cite

Abdul Kadir, A. ., Buang , Z. ., & Anuar, O. . (2024). Kajian Analisis Berdasarkan Trend Permintaan Dan Penyertaan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) Di Kolej Komuniti Ledang. SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH) 2024, 369–375. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/ejurnal/index.php/spsh2024/article/view/102