JEMPUTAN KE BENGKEL SIRI 2 SEMINAR PSH 2024 (MENANGANI PLAGIARISME: PANDUAN PRAKTIKAL UNTUK PENULIS)
28-05-2024
Dengan segala hormatnya, saya merujuk perkara di atas.
- Sukacita dimaklumkan Kolej Komuniti Selandar bersama Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti serta Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Melaka dan Negeri Sembilan akan menganjurkan Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Peringkat Kebangsaan Kali Ke-8 (SPSH 2024) pada 9 – 10 Julai 2024.
- Sehubungan dengan itu, 3 siri bengkel akan dilaksanakan sempena penganjuran Seminar PSH 2024. Bengkel Siri 2 Menangani Plagiarisme: Panduan Praktikal Untuk Penulis akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 29 Mei 2024 (Rabu)
Masa : 9.30 pagi - 4.30 petang
Tempat : Google Meet Online (Link akan diberikan)
Rakaman : Rakaman sesi bengkel akan diberikan kepada peserta
e-Sijil : disediakan
- Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh diajukan kepada Ts. Dr. Nadiyah (0196662488). Perhatian dan kerjasama daripada Yang Berbahagia Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai.
p/s: invitation Google Meet telahpun dihantar ke email berdaftar tuan/puan