TRANSFORMASI PENGURUSAN TAKWIM MELALUI SISTEM EMAS PENGURUSAN TAKWIM KKMT: SATU PENILAIAN DARI PERSPEKTIF PENGGUNA DI KKMT
Keywords:
transformasi digital, pengurusan takwim, Smart Green, kecekapan kerja, amalan hijauAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Sistem eMaS Pengurusan Takwim KKMT dalam mempertingkat pengurusan takwim secara digital di Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) dari perspektif pengguna. Fokus utama kajian adalah untuk mengenal pasti sejauh mana sistem ini menyumbang kepada kecekapan kerja, kemudahan capaian maklumat, dan amalan pengurusan hijau. Kajian ini signifikan kerana ia menilai impak transformasi digital terhadap pengurusan aktiviti tahunan di institusi pendidikan. Metodologi yang digunakan ialah soal selidik atas talian dengan pendekatan kuantitatif melibatkan 27 orang responden dari pelbagai unit dan program. Dapatan menunjukkan tahap penerimaan yang sangat tinggi; 100% responden mengetahui kewujudan sistem, lebih 95% menyatakan laman web mudah diakses dan kandungannya terkini, manakala lebih 90% bersetuju sistem ini membantu menjimatkan masa, meningkatkan kecekapan kerja dan mengurangkan penggunaan kertas. Responden turut menyatakan bahawa sistem ini menyokong amalan smart green dan menyumbang kepada pengurangan cetakan fizikal. Cadangan penambahbaikan yang dikemukakan termasuk integrasi sistem ke portal rasmi kolej, penambahan fungsi penjanaan laporan automatik, dan penyediaan saluran sokongan teknikal yang lebih responsif. Implikasi kajian menunjukkan bahawa sistem ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat pengurusan takwim yang efisien, malah berpotensi menjadi pemangkin kepada amalan kelestarian digital di institusi pendidikan. Kajian ini mencadangkan agar sistem seumpamanya diperluas ke kolej komuniti lain sebagai langkah strategik ke arah pengurusan hijau yang sistematik, inklusif dan mampan.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.