KAJIAN PERSEPSI PENGGUNAAN LAMAN WEB E-PLTV03 SEBAGAI MEDIUM PENGURUSAN PDP DI KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH

Authors

  • Nor Shifa Ibrahim Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia
  • Najdiah Aris Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia
  • Dayang Zuraini Awang Maliki Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia

Keywords:

Pengurusan PdP, Persepsi Kemudahan, Persepsi Kebergunaan, Laman Web

Abstract

Kajian Persepsi Penggunaan Laman Web E-PLTV03 sebagai Medium Pengurusan PdP di Kolej Komuniti Masjid Tanah

 

Nor Shifa Ibrahim1,*, Najdiah Aris2, Dayang Zuraini Awang Maliki3

1Kolej Komuniti Masjid Tanah

2Kolej Komuniti Masjid Tanah
3Kolej Komuniti Masjid Tanah

*shifa@kkmt.edu.my

Abstrak

Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) merupakan satu proses yang penting bagi memastikan pelaksanaan aktiviti PdP berjalan dengan lancar, berkesan dan mencapai objektif yang ditetapkan. Sehubungan itu, Unit Jaminan Kualiti, Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) telah membangunkan Laman Web E-PLTV03 bagi memudahkan penyebaran maklumat secara berpusat, memudahkan capaian maklumat, serta menjimatkan kos, ruang dan masa untuk semua pensyarah KKMT.  Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap persepsi kebergunaan dan persepsi kemudahan Laman Web E-PLTV03 dalam pengurusan PdP di KKMT. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan melibatkan 44 orang responden yang merupakan pensyarah di KKMT. Saiz sampel ditentukan berdasarkan Jadual Krejcie dan Morgan. Instrumen kajian berupa soal selidik telah diedarkan secara dalam talian melalui Google Form bagi tujuan pengumpulan data. Data dianalisis menggunakan perisian Jamovi Desktop versi 2.7.4 bagi mendapatkan dapatan kajian.Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi terhadap kebergunaan laman web adalah tinggi, dengan nilai skor min 3.67. Ini menunjukkan bahawa Laman Web E-PLTV03 telah membantu mempercepatkan tugasan, meningkatkan prestasi dan produktiviti, serta menjadikan tugasan lebih efektif. Persepsi terhadap kemudahan turut menunjukkan skor min yang tinggi, iaitu 3.71. Dapatan ini menggambarkan bahawa laman web berkenaan berupaya memudahkan proses pencarian maklumat, menyediakan akses yang fleksibel kepada pengguna, serta memiliki reka bentuk yang menarik dan responsif, seterusnya menyokong pengalaman penggunaan yang positif. Kesimpulannya, Laman Web E-PLTV03 diterima baik oleh warga pensyarah dan terbukti berkesan dalam menyokong pengurusan PdP. Dapatan ini menonjolkan kepentingan ciri kebergunaan dan kemudahan dalam sesebuah sistem pengurusan pembelajaran digital.

Kata kunci: Pengurusan PdP, Persepsi Kemudahan, Persepsi Kebergunaan, Laman Web

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Ibrahim, N. S., Aris, N. ., & Awang Maliki, D. Z. (2025). KAJIAN PERSEPSI PENGGUNAAN LAMAN WEB E-PLTV03 SEBAGAI MEDIUM PENGURUSAN PDP DI KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH . SPSH 2025, 151–163. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/388

Issue

Section

Organizational Management and Administrative Systems