KAJIAN KERAGUAN USAHAWAN TERHADAP PENENTUAN PRODUK RETORT SEBAGAI MAKANAN SELAMAT DAN BERKUALITI

Authors

  • Zuraida Osman Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia
  • Azahari Abu Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia
  • Muhd Abu Bakar Muhd Radzi Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia

Keywords:

Produk retort, keselamatan makanan, kualiti makanan, usahawan mikro, Masjid Tanah

Abstract

Perkembangan teknologi digital telah mendorong institusi pendidikan termasuk Kolej Komuniti untuk memperkukuh pelaksanaan e-pembelajaran, khususnya dalam kursus Keusahawanan. Walaupun Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) telah dilaksanakan, namun tahap penggunaan teknologi e-pembelajaran dalam kalangan pensyarah masih tidak optimum. Justeru kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan kesediaan pensyarah Keusahawanan terhadap e-pembelajaran. Kajian berbentuk tinjauan kuantitatif ini melibatkan 43 orang pensyarah Kolej Komuniti seluruh Malaysia yang dipilih secara rawak, dan data dianalisis menggunakan SPSS versi 29 dengan pengiraan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai. Instrumen soal selidik dibangunkan berasaskan fungsi Google Classroom sebagai platform utama e-pembelajaran di Kolej Komuniti, sekali gus menjadikan dapatan ini khusus kepada aplikasi tersebut. Hasil kajian menunjukkan tahap pengetahuan (min=4.19, sp=0.85), kemahiran (min=3.69, sp=1.17) dan kesediaan (min=4.26, sp=0.70) berada pada kategori tinggi. Secara keseluruhannya, kajian membuktikan bahawa pensyarah Keusahawanan mempunyai asas digital yang baik serta bersedia mengintegrasikan e-pembelajaran dalam PdP.Namun begitu kajian lanjutan disarankan dengan meneliti faktor-faktor lain seperti motivasi pensyarah, sokongan institusi dan kesediaan pelajar bagi memperkukuh keberkesanan pelaksanaannya pada masa akan datang.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Osman, Z., Abu, A., & Muhd Radzi, M. A. B. . (2025). KAJIAN KERAGUAN USAHAWAN TERHADAP PENENTUAN PRODUK RETORT SEBAGAI MAKANAN SELAMAT DAN BERKUALITI. SPSH 2025, 126–134. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/386

Issue

Section

Entrepreneurship, Digital Economy, Business, and Finance