KESAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK) TERHADAP KESINAMBUNGAN AKADEMIK PELAJAR B40: KAJIAN KES DI KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH

Authors

  • Zuraida Osman Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia
  • Ts Muhd Abu Bakar Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia
  • Ts Azahari Abu Kolej Komuniti Masjid Tanah, Malaysia

Keywords:

BKPKK, pelajar B40, bantuan kewangan, kelangsungan pengajian, Kolej Komuniti

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meneliti secara mendalam kesan Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) dalam menyokong kelangsungan pengajian pelajar daripada keluarga B40 di Kolej Komuniti Masjid Tanah. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah tinjauan dengan pengumpulan data melalui soal selidik yang diedarkan kepada 42 orang pelajar penerima BKPKK. Analisis data menggunakan SPSS mendapati tahap kebergantungan pelajar terhadap bantuan ini berada pada paras tinggi dengan min keseluruhan 4.26, khususnya dalam menampung kos makan/minum (min=4.40) dan mengurangkan tekanan kewangan (min=4.37). Dapatan juga menunjukkan impak positif terhadap motivasi belajar (min=4.25), kehadiran kelas (min=4.18), serta keyakinan diri dan fokus terhadap pengajian. Secara keseluruhan, kajian ini mengesahkan bahawa BKPKK bukan sahaja berfungsi sebagai instrumen kewangan, malah turut memberi kesan signifikan dalam mengurangkan risiko keciciran akibat beban ekonomi. Penemuan ini membawa implikasi penting kepada pihak institusi dan pembuat dasar untuk menambah baik strategi pelaksanaan bantuan kewangan agar lebih mampan, inklusif, dan mampu menjamin kesinambungan pendidikan pelajar B40 pada masa hadapan

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Osman, Z., Muhd Radzi, T. A. B. ., & Abu, T. A. (2025). KESAN BANTUAN KEWANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI (BKPKK) TERHADAP KESINAMBUNGAN AKADEMIK PELAJAR B40: KAJIAN KES DI KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH. SPSH 2025, 35–44. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/385

Issue

Section

Organizational Management and Administrative Systems