TINJAUAN AWAL PENERIMAAN PESERTA TERHADAP KECERDASAN BUATAN (ARTIFICIAL INTELLIGENCE) AI DALAM KURSUS PENDEK: KEUSAHAWANAN DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN

Authors

  • Noor Ain Mohd Faudzi Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Malaysia
  • Norzeti Zainal Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Malaysia

Keywords:

kecerdasan buatan (Artificial Intelligence) AI, keusahawanan, kursus pendek, komuniti, pelajar tahfiz, penerimaan teknologi

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai tahap penerimaan peserta terhadap penggunaan kecerdasan buatan dalam kursus pendek keusahawanan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBDA). Objektif utama adalah untuk mengukur pengetahuan, pendedahan, sikap dan kepercayaan peserta terhadap (Artificial Intelligence) AI,  serta menilai pengalaman peserta dengan kandungan kursus dan mengenal pasti cabaran yang dihadapi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan melalui edaran soal selidik kepada 63 orang peserta Program Pengukuhan Bakat Komuniti dan Program Ipt@Komuniti-TVET Tahfiz yang mengikuti kursus dua hari menggunakan aplikasi ChatGPT dan Canva AI. Data dianalisis menggunakan SPSS secara deskriptif (peratusan, skor min dan sisihan piawai) dimana dapatan menunjukkan peserta memiliki pengetahuan asas dan pendedahan awal yang tinggi, serta persepsi positif terhadap keberkesanan kursus dan kesediaan menggunakan AI dalam keusahawanan. Namun, cabaran utama ialah kekangan masa memahami konsep AI, kekurangan peranti dan tahap kemahiran teknologi yang rendah. Secara keseluruhan, kursus ini telah memberi kesan positif terhadap motivasi dan keyakinan peserta dalam menerapkan AI dalam keusahawanan.  Kajian ini mencadangkan penambahbaikan dari segi infrastruktur, latihan berperingkat dan bimbingan lanjutan untuk memastikan penggunaan AI dapat dimanfaatkan secara optimum dalam pembangunan keusahawanan digital komuniti.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Mohd Faudzi, N. A., & Zainal, N. (2025). TINJAUAN AWAL PENERIMAAN PESERTA TERHADAP KECERDASAN BUATAN (ARTIFICIAL INTELLIGENCE) AI DALAM KURSUS PENDEK: KEUSAHAWANAN DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN. SPSH 2025, 178–193. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/361

Issue

Section

Lifelong Learning and Skills Development