KEBERKESANAN INOVASI MATCHY HAIR COLOR CHART V2 DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KURSUS PEWARNAAN RAMBUT
Keywords:
TVET, pewarna rambut, alat bantu mengajar (ABM), inovasi pendidikan, carta warna rambutAbstract
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menuntut pendekatan pengajaran yang menggunakan bahan bantu mengajar (ABM) yang realistik serta relevan dengan amalan industri, khususnya bagi modul teknikal seperti pewarnaan rambut. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan Matchy Hair Color Chart V2 sebagai inovasi alat bantu mengajar (ABM) dalam kursus pewarnaan rambut. Inovasi ini merangkumi carta warna yang boleh dilaraskan mengikut ton kulit bagi mendapatkan kod warna rambut yang bersesuaian, serta Matchy Handbook yang berfungsi sebagai pemudah cara kepada pelajar dan pelanggan. Reka bentuk kajian menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah kuasi-eksperimen, melibatkan 30 pelajar dari program Dandanan Rambut di Kolej Komuniti Muar. Instrumen kajian berupa soal selidik dilaksanakan secara pra dan pasca-ujian bagi menilai tahap penguasaan pelajar sebelum dan selepas intervensi. Pelaksanaan intervensi merangkumi penggunaan inovasi carta warna dan Matchy Handbook bagi mengukuhkan pemahaman konsep warna. Analisis data dilakukan menggunakan perisian Jamovi 2.7.2, dengan fokus kepada ujian-t berpasangan. Dapatan menunjukkan peningkatan signifikan dalam kefahaman pelajar selepas intervensi, dengan nilai p < 0.01. Kajian turut mendapati bahawa penggunaan inovasi memudahkan pelajar mengaitkan teori dengan amali, sekaligus meningkatkan keyakinan dalam pemilihan warna rambut. Hasil ini menyokong keberkesanan ABM ini dalam memperkukuh pedagogi TVET, khususnya dalam bidang dandanan rambut. Walau bagaimanapun, kajian ini terhad dari segi saiz sampel dan lokasi, serta tidak merangkumi analisis kualitatif. Kajian ini mencadangkan agar penggunaan ABM autentik diperluas dalam pengajaran kemahiran teknikal dan kajian lanjutan secara campuran dijalankan bagi memperkukuh bukti empirik serta meningkatkan kesesuaian inovasi dengan keperluan industri rambut dan kecantikan masa kini.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.