IMPAK KESUKARELAWANAN TERHADAP PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PELAJAR POLYCC

Authors

  • Nur Azlin Jamil KKMT
  • Nor Azah Mat Sout
  • Salbiah Ahmad Shariff

Keywords:

kepimpinan, pelajar, sukarelawan

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji impak penglibatan dalam aktiviti sukarelawan terhadap pembentukan kemahiran kepimpinan dalam kalangan pelajar di Politeknik dan Kolej Komuniti (PolyCC). Dalam konteks institusi pengajian tinggi, sukarelawan bukan sekadar aktiviti kokurikulum tetapi berfungsi sebagai platform untuk pembangunan sahsiah dan kepimpinan yang berkesan. Aktiviti sukarelawan membolehkan pelajar mempraktikkan kemahiran komunikasi, pengurusan kumpulan, penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan, yang merupakan elemen penting dalam nilai kepimpinan pelajar. Sukarelawan sering dikaitkan dengan aktiviti amal dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, kesihatan, kebajikan dan perpaduan komuniti. Menurut Kamus Dewan, sukarela merujuk kepada tindakan yang dilakukan secara sukarela dan tanpa paksaan. Oleh itu, kesukarelawanan merupakan bidang pembentukan nilai seperti keikhlasan, tanggungjawab, empati, dan kemahiran kepimpinan dalam kalangan belia khususnya pelajar institusi pengajian tinggi. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif dan melibatkan 200 pelajar yang terdiri daripada 90 pelajar Politeknik dan 110 pelajar Kolej Komuniti di Negeri Melaka mewakili pelajar diploma dan sijil dalam pelbagai bidang. Data dikumpul melalui soal selidik yang menilai tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti sukarelawan serta hubungan mereka dengan aspek nilai kepimpinan seperti membuat keputusan, keberanian, kebolehan memimpin pasukan, dan keupayaan untuk menyelesaikan konflik. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar yang terlibat secara aktif dalam sukarelawan menunjukkan tahap kemahiran kepimpinan yang tinggi. Skor purata melebihi nilai 4.0 untuk semua pembinaan utama membuktikan bahawa responden bersetuju bahawa kesukarelawanan membantu membentuk ciri-ciri kepimpinan yang penting. Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa institusi pengajian tinggi seperti PolyCC sedang mengukuhkan program sukarelawan sebagai sebahagian daripada strategi pembangunan kepimpinan pelajar yang holistik

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Jamil, N. A., Mat Sout, N. A., & Ahmad Shariff, S. (2025). IMPAK KESUKARELAWANAN TERHADAP PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEPIMPINAN DALAM KALANGAN PELAJAR POLYCC. SPSH 2025, 301–313. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/330

Issue

Section

Lifelong Learning and Skills Development