PERLAKSANAAN PEMBELAJARAN “PEER TUTORING” DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN CLO PLO KURSUS MIKROEKONOMI PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON

Authors

  • Faridah Jaafar Politeknik Port Dickson
  • Azianti Abd Aziz Politeknik Port Dickson
  • Azizah Mohd Zain Politeknik Port Dickson

Keywords:

Peer Tutoring, Course Learning Outcome, Program Learning Outcome

Abstract

Teknik pembelajaran “peer tutoring” merupakan salah satu kaedah yang berupaya menyumbang meningkatkan pemahaman pelajar terhadap sesuatu subjek terutama sekali yang melibatkan pengiraan. Bersandarkan kepada manfaat teknik pembelajaran secara kolaboratif ini, satu program Peer Tutoring bagi kursus Mikroekonomi telah dirancang dan dilaksanakan di Jabatan Perdagangan sebagai tindakan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) pada Sesi I 2024/2025. Ini kerana pencapaian CLO1 bagi kursus tersebut tidak melebihi 50% pada keputusan peperiksaan Sesi II 2023/2024. Oleh itu tujuan utama kajian tindakan ini adalah untuk mengetahui prestasi pelajar yang mengikuti program Peer Tutoring bagi kursus Mikroekonomi di Jabatan Perdagangan, Politeknik Port Dickson. Perlaksanaan program Peer Tutoring ini dilakukan secara bersiri sebanyak tiga kali. Berdasarkan perbandingan keputusan peperiksaan akhir Sesi II 2023/2024 dan Sesi I 2024/2025, hasil dapatan menunjukkkan terdapat peningkatan peratus pencapaian CLO dan PLO.  Didapati, signifikan kajian tindakan ini adalah ia menyumbang kepada tindakan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) yang selari dengan tuntutan Akreditasi Kelayakan Malaysia (MQA) iaitu Politeknik harus melakukan langkah berterusan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, program ini juga dapat menerapkan nilai-nilai murni pada semua yang terlibat. Diharapkan program Peer Tutoring seperti ini dapat diteruskan pada semester yang akan datang bagi tujuan memperkasakan pemahaman dan pencapaian pelajar dalam kursus yang didapati ramai pelajar lemah dan gagal.  

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Jaafar, F., Abd Aziz , A. ., & Mohd Zain, A. . (2025). PERLAKSANAAN PEMBELAJARAN “PEER TUTORING” DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN CLO PLO KURSUS MIKROEKONOMI PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON. SPSH 2025, 157–167. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/312

Issue

Section

Lifelong Learning and Skills Development