KEBERKESANAN AKTIVITI PEMBELAJARAN BERASASKAN LAWATAN AKADEMIK DALAM MENINGKATKAN POTENSI PELAJAR DIPLOMA PEMASARAN
Keywords:
Lawatan Sambil Belajar, Akademik, PersonalitiAbstract
Kajian ini dijalankan bagi menilai keberkesanan lawatan sambil belajar terhadap pembangunan pelajar semester 5 Diploma Pemasaran di Politeknik Port Dickson. Pendekatan lawatan akademik dilihat sebagai medium pembelajaran yang menghubungkan teori dan amali secara langsung dalam konteks industri sebenar. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif melalui edaran borang soal selidik refleksi kepada pelajar yang terlibat dalam lawatan ke industri. Pemboleh ubah bebas ialah pelaksanaan lawatan sambil belajar, manakala pemboleh ubah bersandar ialah pembangunan pelajar yang diukur dari aspek akademik, personaliti, kemahiran insaniah, dan kesedaran terhadap industri. Analisis data secara deskriptif menggunakan pengisian Statistical Package for the Social sciences. Data dianalisis bagi mengenal pasti min skor dan taburan persepsi pelajar. Dapatan kajian menunjukkan lawatan sambil belajar memberi kesan positif dan signifikan terhadap pemahaman teori, peningkatan keyakinan diri, serta kesediaan menghadapi dunia pekerjaan dengan purata melebihi 3.60 bagi semua aspek yang dikaji. Kajian ini mencadangkan agar lawatan seumpama ini diteruskan secara berkala dan diperluas bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan politeknik dalam bidang pemasaran serta menyokong aspirasi TVET dalam melahirkan graduan holistik dan berkemahiran tinggi.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.