KEBERKESANAN KURSUS DESIGNING IMPACTFUL PRESENTATION POSTERS WITH AI TOOLS DALAM KALANGAN PESERTA KURSUS PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT DI POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
Keywords:
Pembelajaran Sepanjnag Hayat, AI Tools, Reka Bentuk Poster, Keberkesanan Kursus, Kepuasan PesertaAbstract
Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan kursus ‘Designing Impactful Presentation Posters With AI Tools’ yang dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) dengan kerjasama Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH, ULPL), Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS). Kursus ini merupakan inisiatif untuk memperkukuh penguasaan kemahiran teknologi maklumat dalam kalangan komuniti setempat. Seramai 25 orang peserta berumur antara 18 hingga 60 tahun telah mengikuti kursus selama satu hari dan melengkapkan soal selidik pra dan pasca kursus. Instrumen kajian merangkumi penilaian kendiri tahap pengetahuan dan kemahiran reka bentuk poster menggunakan kecerdasan buatan (AI) serta soal selidik kepuasan peserta terhadap pelaksanaan kursus. Hasil analisis menunjukkan peningkatan skor purata pengetahuan daripada 3.62 (SP = 1.06) sebelum kursus kepada 4.36 (SP = 0.74) selepas kursus. Skor purata kepuasan peserta pula direkodkan pada tahap tinggi iaitu 4.4. Dapatan ini membuktikan bahawa kursus yang dilaksanakan berkesan dalam meningkatkan pengetahuan peserta dan memenuhi jangkaan mereka. Kajian ini turut mengukuhkan peranan PSH sebagai platform signifikan dalam menyokong aspirasi negara ke arah pembudayaan pembelajaran sepanjang hayat.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.