PERSEPSI PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI TERHADAP PENGGUNAAN PERKOMPUTERAN AWAN BAGI PENGURUSAN DOKUMEN KURSUS PENDEK

Authors

  • Mohamed Azreen Mohamed Zaini Kolej Komuniti Bagan Datuk, Malaysia
  • Miftahuzleman Supardi Kolej Komuniti Bagan Datuk, Malaysia

Keywords:

perkomputeran awan, pengurusan dokumen, 4IR

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai persepsi pensyarah Kolej Komuniti terhadap penggunaan perkomputeran awan sebagai medium pengurusan dokumen kursus pendek. Fokus utama kajian ini adalah untuk mengukur tahap penerimaan teknologi ini, meninjau persepsi pensyarah terhadap penggunaan perkomputeran awan dalam meningkatkan kecekapan kerja dan menganalisis perbezaan tahap penerimaan perkomputeran awan berdasarkan pengalaman. Kajian ini menggunakan pendekatan gabungan dengan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Data kuantitatif dikumpul melalui soal selidik yang melibatkan 73 orang pensyarah yang mempunyai pengalaman dalam pengurusan dokumen psh dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan ujian ANOVA menggunakan perisian SPSS versi 26. Kajian kualitatif dijalankan melalui temu bual separa berstruktur dengan 5 orang pensyarah terdiri daripada bidang teknologi maklumat dan pengajian am untuk mendapatkan pandangan dan pengalaman mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah secara keseluruhan menerima penggunaan perkomputeran awan dalam pengurusan dokumen kursus pendek, dengan penerimaan tinggi terhadap teknologi ini. Analisis ANOVA mendapati tiada perbezaan signifikan dalam penerimaan perkomputeran awan berdasarkan pengalaman pensyarah dalam menguruskan dokumen. Berdasarkan dapatan ini, kajian mencadangkan agar latihan berterusan untuk meningkatkan kemahiran digital pensyarah dan peningkatan infrastruktur rangkaian dilaksanakan untuk menyokong penggunaan perkomputeran awan secara lebih efektif di Kolej Komuniti.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Mohamed Zaini, M. A. ., & Supardi, M. . (2025). PERSEPSI PENSYARAH KOLEJ KOMUNITI TERHADAP PENGGUNAAN PERKOMPUTERAN AWAN BAGI PENGURUSAN DOKUMEN KURSUS PENDEK. SPSH 2025, 135–146. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/289

Issue

Section

Engineering, Industry 4.0, Smart Technologies & Security