TAHAP KECENDERUNGAN MINAT PELAJAR POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH TERHADAP KURSUS KEUSAHAWANAN
Abstract
Keusahawanan merupakan bidang penting dalam meningkatkan daya saing dan kebolehpasaran graduan, justeru penerapan kursus keusahawanan di institusi pengajian tinggi semakin diberi penekanan. Selaras dengan Dasar Keusahawanan Negara 2030 yang menekankan pembudayaan keusahawanan dalam masyarakat, kajian ini dijalankan bagi menilai tahap kecenderungan minat pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Sultan Azlan Shah terhadap kursus MPU22012 Keusahawanan serta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhinya. Seramai 71 orang pelajar telah terlibat, terdiri daripada pelajar semester empat dan lima pelbagai program di bawah JKE. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik berskala Likert lima mata. Hasil analisis menunjukkan bahawa minat pelajar terhadap kursus keusahawanan berada pada tahap sederhana hingga tinggi. Faktor utama yang mempengaruhi minat pelajar termasuklah pendedahan kepada ilmu keusahawanan, pendekatan pengajaran yang menarik, dan persepsi positif terhadap bidang ini sebagai kerjaya. Kajian mencadangkan agar pendekatan pengajaran diperkasakan dengan elemen praktikal dan interaktif yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan minat serta kecenderungan pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan selepas tamat pengajian.
Keywords: Keusahawanan, Minat Pelajar, Pendidikan Tinggi, Pendekatan Pengajaran, Niat Keusahawanan, Pelajar Politeknik
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.