TAHAP PENGURUSAN KEWANGAN DALAM KALANGAN PELAJAR JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK MERSING JOHOR
Keywords:
Analisis Kemahiran Kewangan, , Pelajar, Kesedaran Pengurusan WangAbstract
Masalah dalam mengurus kewangan peribadi merupakan antara isu utama yang dihadapi oleh pelajar institusi pengajian tinggi, termasuk mereka di Politeknik Mersing Johor. Kesukaran dalam mengawal perbelanjaan harian boleh memberi kesan negatif kepada kesejahteraan pelajar dan seterusnya menjejaskan pencapaian akademik mereka. Walaupun terdapat pelbagai bentuk bantuan kewangan, masih timbul persoalan mengenai sejauh mana kemahiran pelajar dalam mengurus kewangan secara berkesan untuk mengelakkan masalah kewangan berulang. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti masalah kewangan yang kerap dihadapi oleh pelajar serta menilai tahap kecekapan mereka dalam pengurusan kewangan. Kajian menggunakan kaedah kuantitatif melibatkan seramai 79 pelajar dari Jabatan Perdagangan, Politeknik Mersing Johor sebagai responden. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan kaedah deskriptif untuk mengenal pasti trend dan isu kewangan utama yang dihadapi oleh pelajar. Dapatan penyelidikan menunjukkan bahawa cabaran terbesar dalam pengurusan kewangan ialah keperluan berjimat dalam pembelian makanan harian, dengan 59.5% pelajar melaporkan memilih makanan bajet. Kajian turut menunjukkan bahawa kemahiran pelajar dalam mengurus kewangan berada pada tahap sederhana secara keseluruhan. Keadaan ini mencerminkan wujudnya tekanan kewangan yang nyata sehingga mempengaruhi perbelanjaan asas mereka. Justeru, kajian ini dapat membantu mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap kepentingan pengurusan kewangan. Diharapkan penemuan ini dapat digunakan oleh pihak institusi untuk merangka strategi penambahbaikan kemahiran pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar. Untuk penyelidikan masa hadapan, disarankan agar skop kajian diperluas melibatkan pelajar dari pelbagai jabatan dan dijalankan secara perbandingan antara jantina. Selain itu, hubungan antara keupayaan mengurus kewangan dengan pencapaian akademik juga wajar diteroka bagi memahami peranan literasi kewangan terhadap prestasi pelajar dalam pengajian mereka.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.