STRATEGI MENANGANI MASALAH DISIPLIN DALAM AMALI PELAJAR SIJIL KULINARI KKTS
Keywords:
strategi, Disiplin, Pelajar, Sijil KulinariAbstract
Banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam disiplin dan etika kerja semasa kelas amali. Berdasarkan kepada senario ini, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk a) mengenal pasti Masalah Disiplin Semasa Amali Pelajar Sijil Kulinari KKTS. b) mengenal pasti Strategi Menangani Masalah Disiplin Semasa Amali Pelajar Sijil Kulinari KKTS. Sampel kajian ini adalah daripada pelajar Kolej Komuniti Tawau. Teknik persampelan yang digunakan adalah secara rawak, yang diedarkan dalam talian. Bilangan sampel dan kajian ini adalah seramai 27 pelajar. Instrumen Kajian yang digunakan adalah soal selidik 5 skala likert. Analisis yang digunakan adalah analisis deskriptif untuk mendapatkan nilai purata (min). Majoriti pelajar menghadapi masalah dalam kurang kerjasama dalam pasukan 60%, diikuti oleh masalah kurang fokus dan tidak serius semasa amali (53.3%) dan masalah ketidakhadiran dan lewat (40%). Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju bahawa pensyarah perlu melaksanakan pemantauan berterusan semasa amali (min 4.11). Ini kerana dengan pemantauan berterusan pelajar dapat melaksanakan amali dengan lebih baik. Strategi pilihan kedua adalah dengan memberi ganjaran kepada pelajar berdisiplin tinggi (min 4.04). Melalui kaedah ini, motivasi pelajar semakin meningkat untuk hadir awal dan beretika ketika di dalam kelas amali. Manakala pilihan ketiga adalah melalui pendekatan individu bagi pelajar bermasalah disiplin (min 3.96). Dimana pelajar dirujuk ke unit kaunseling dan isu disiplin dan etika kerja pelajar dapat diatasi dengan lebih baik. Kajian ini penting untuk mengenal pasti secara terperinci apakah masalah disiplin dan etika kerja sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Di Samping dengan mengenal pasti strategi yang sesuai, ini juga dapat membantu generasi Gen-Z meningkatkan disiplin dan berketerampilan diri.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.