STRATEGI MENANGANI MASALAH PEMBELAJARAN KURSUS THEORY OF KITCHEN OPERATION DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM SIJIL KULINARI
Keywords:
Strategi, Masalah Pembelajaran, Pelajar Kulinari Kolej Komuniti TawauAbstract
Banyak masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam Pembelajaran Kursus Theory of Kitchen Operation Dalam Kalangan Pelajar Program Sijil Kulinari. Oleh yang demikian, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti Masalah Pembelajaran Kursus Theory of Kitchen Operation Dalam Kalangan Pelajar Program Sijil Kulinari dan mengenal pasti Strategi Menangani Masalah Pembelajaran Kursus Theory of Kitchen Operation Dalam Kalangan Pelajar Program Sijil Kulinari. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kuantitatif. Kajian ini hanya mengambil 26 sampel daripada pelajar Sijil Kulinari Kolej Komuniti Tawau. Instrumen kajian ini menggunakan soal selidik 5 skala likert. Analisis kajian ini adalah menggunakan deskriptif untuk mendapatkan nilai min. Hasil kajian mendapati majoriti pelajar mempunyai masalah pemahaman konsep teori (69.2%), masalah faktor motivasi pelajar (38.5%) dan cabaran bahasa dan komunikasi (26.9 %). Sementara itu, hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju bahawa mereka lawatan industri ke restoran atau hotel sebagai pengalaman langsung (min 4.461). Kajian ini penting, untuk mengenalpasti secara terperinci apakah masalah sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Di samping itu, dengan mengenal pasti strategi yang sesuai, dapat membantu pelajar untuk memahami topik dengan lebih mendalam untuk membantu menjawab peperiksaan akhir.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.