PENGARUH E-DAGANG TERHADAP KECENDERUNGAN KEUSAHAWANAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI DALAM ERA EKONOMI DIGITAL
Keywords:
keusahawanan, e-dagang, ekonomi digital, pendidikan tinggiAbstract
Kemajuan teknologi digital telah mengubah landskap keusahawanan melalui kewujudan platform e-dagang. Kajian ini bertujuan untuk meneroka kecenderungan keusahawanan pelajar Kolej Komuniti Bandar Tenggara dalam era ekonomi digital. Objektif utama adalah meneliti persepsi pelajar terhadap platform e-dagang sebagai medium keusahawanan, faktor yang mempengaruhi minat mereka, serta sokongan yang diperlukan bagi meningkatkan penglibatan dalam bidang ini. Kajian kualitatif dibuat melibatkan temu bual separa berstruktur bersama 16 pelajar, dengan data analisis menggunakan kaedah tematik. Dapatan menunjukkan pelajar melihat platform e-dagang sebagai peluang menjana pendapatan fleksibel, namun sebahagiannya meragui kestabilannya. Faktor seperti akses teknologi, sokongan keluarga, dan kemampuan kewangan turut mempengaruhi kecenderungan mereka. Kajian juga menegaskan keperluan sokongan dalam bentuk latihan pemasaran digital dan bimbingan keusahawanan. Implikasi kajian ini menunjukkan kepentingan dalam memperkukuh pendidikan keusahawanan digital di institusi pendidikan TVET bagi melahirkan graduan yang berdaya saing, sekali gus menyumbang kepada dasar pembangunan keusahawanan belia dalam ekonomi digital.
Kata kunci: keusahawanan, e-dagang, ekonomi digital, institusi pendidikan
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.