TAHAP KESIAPSIAGAAN PENGKOMPUTERAN KUANTUM DI MALAYSIA

Authors

  • Mohamad Firdaus Hanapiah Kolej Komuniti Tawau, Malaysia
  • Nur Syazwani Atifah Muhammad Farouk Kolej Komuniti Tawau, Malaysia
  • Norimah Laujo Kolej Komuniti Tawau, Malaysia

Keywords:

Dasar Teknologi, Kesiapsiagaan Digital, Pengkomputeran Kuantum, Strategi Nasional

Abstract

Pengkomputeran kuantum muncul sebagai salah satu pemacu utama transformasi teknologi global yang berpotensi memberi kesan besar terhadap keselamatan, ekonomi dan pembangunan ilmu pengetahuan. Justeru itu, tahap kesiapsiagaan sesebuah negara menjadi faktor kritikal dalam memastikan daya saing dan dominasi teknologi pada masa hadapan. Kajian ini meneliti tahap kesiapsiagaan Malaysia dalam menghadapi era pengkomputeran kuantum, dengan fokus terhadap dasar kerajaan, pendidikan, perundangan dan pembangunan ekosistem teknologi. Kaedah kajian menggunakan pendekatan analisis kandungan ke atas dokumen rasmi kerajaan, berita berautoriti, laporan akademik dan kerangka 'Quantum Readiness Index' (QRI) oleh IBM. Hasil kajian mendapati bahawa walaupun terdapat inisiatif digital seperti MyDIGITAL dan Dasar 4IR, Malaysia masih belum mempunyai strategi kuantum nasional yang menyeluruh. Beberapa kekangan dikesan dalam aspek pendidikan, kerjasama industri dan kesedaran awam. Kajian ini mencadangkan satu rangka kerja strategik berasaskan empat teras utama: dasar, bakat, ekosistem dan keselamatan. Implikasi kajian ini penting untuk pembuat dasar, institusi pengajian tinggi dan sektor industri dalam merangka hala tuju yang jelas untuk membangunkan keupayaan teknologi kuantum negara.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Hanapiah, M. F. ., Muhammad Farouk, N. S. A., & Laujo, N. (2025). TAHAP KESIAPSIAGAAN PENGKOMPUTERAN KUANTUM DI MALAYSIA. SPSH 2025, 93–104. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/259

Issue

Section

Engineering, Industry 4.0, Smart Technologies & Security