PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI PERANTI MUDAH ALIH (STA) KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAH (KKKP) (GRADUAN TAHUN 2019 - 2021)

Authors

  • Amir Arief Zainal Abidin Kolej Komuniti Kuala Pilah, Malaysia
  • Helmiah Othman Kolej Komuniti Kuala Pilah, Malaysia
  • Umahwathy Sundararaju Kolej Komuniti Kuala Pilah, Malaysia

Keywords:

Pencapaian Objektif Program, STA, KKKP

Abstract

Kajian Penilaian Keberhasilan Objektif Program (OP) atau Programme Educational Objectives (PEO) merupakan antara usaha yang diambil oleh Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) serta Kolej Komuniti bagi merealisasikan hasrat organisasi dalam menghasilkan graduan TVET yang berdaya saing, dipercayai serta menjadi keutamaan majikan.Usaha ini juga selaras dengan objektif Teras 1 Pelan Strategik JPPKK 2018–2025 iaitu “Menghasilkan graduan TVET berkualiti.” Kajian ini menetapkan KPI bagi memastikan program :  Sijil Teknologi Peranti Mudah Alih (STA) sentiasa relevan dan responsif terhadap keperluan industri. Objektif utama kajian adalah untuk menilai pencapaian PEO bagi program STA di Kolej Komuniti Kuala Pilah (KKKP), yang juga bertujuan untuk menjelaskan serta menyediakan asas kepada proses penambahbaikan berterusan (Continuous Quality Improvement - CQI), pemantauan dan penyemakan program yang bersesuaian. Kaedah kuantitatif telah digunakan untuk menilai tiga PEO program STA dengan sasaran tahap pencapaian min sebanyak 3.50 bagi setiap PEO program ini. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 26 orang graduan program STA yang tamat pengajian dari tahun 2019 hingga 2021. Teknik persampelan rawak mudah digunakan untuk mewakili jumlah populasi graduan manakala instrumen kajian berbentuk soal selidik diadaptasi merujuk kepada Garis Panduan Soal Selidik Graduan edaran JPPKK. Hasil kajian menunjukkan bahawa 91.9% daripada responden bersetuju bahawa semua PEO bagi program STA telah dicapai dengan baik. Secara ringkas, tahap pencapaian PEO memperoleh min 4.52, manakala sisihan piawai yang dicatatkan ialah 0.65. Ini menunjukkan bahawa graduan STA dari Kolej Komuniti Kuala Pilah telah memperoleh ilmu, kemahiran teknikal dan insaniah yang memberi nilai tambah kepada mereka melalui pengajian di KKKP.

Downloads

Published

30-11-2025

How to Cite

Zainal Abidin, A. A., Othman, H., & Sundararaju, U. (2025). PENCAPAIAN OBJEKTIF PROGRAM PROGRAM SIJIL TEKNOLOGI PERANTI MUDAH ALIH (STA) KOLEJ KOMUNITI KUALA PILAH (KKKP) (GRADUAN TAHUN 2019 - 2021). SPSH 2025, 99–111. Retrieved from https://spsh.mypolycc.edu.my/proceedings/index.php/spsh2025/article/view/254

Issue

Section

Lifelong Learning and Skills Development