PERSEPSI WARGA KOLEJ KOMUNITI MARUDU SABAH TERHADAP SIKAP, PENGETAHUAN DAN TINDAKAN KE ATAS GANGGUAN SEKSUAL DI INSTITUSI PENDIDIKAN TVET
Keywords:
Gangguan seksual, institusi pendidikan, pengetahuan, sikap, penglibatan dalam pencegahan, kesediaan bertindakAbstract
Gangguan seksual merupakan isu kritikal dalam institusi pendidikan tinggi, termasuklah institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), yang sering tidak dilaporkan akibat kurangnya kesedaran, kekeliruan definisi serta budaya diam dalam kalangan warga kampus. Kajian ini dijalankan bagi menilai tahap pengetahuan, sikap, kesediaan bertindak dan penglibatan dalam program pencegahan gangguan seksual dalam kalangan pelajar serta kakitangan Kolej Komuniti Kota Marudu Sabah. Reka bentuk kajian adalah kuantitatif secara keratan lintang, melibatkan 75 responden dengan 56 borang soal selidik yang sah dianalisis. Instrumen kajian terdiri daripada 28 item berskala Likert lima mata yang merangkumi empat konstruk utama. Analisis deskriptif menunjukkan bahawa tahap pengetahuan (min = 4.33), sikap (min = 4.41) dan kesediaan bertindak (min = 4.48) adalah tinggi, manakala penglibatan dalam program pencegahan berada pada tahap sederhana (min = 3.92). Analisis korelasi Spearman mendapati hubungan positif yang signifikan antara pengetahuan dan sikap (r = 0.777, p < 0.001), pengetahuan dan penglibatan (r = 0.533, p < 0.001), serta sikap dan penglibatan (r = 0.463, p < 0.001). Dapatan ini menunjukkan bahawa peningkatan pengetahuan dan sikap positif boleh mendorong penglibatan lebih aktif dalam usaha pencegahan gangguan seksual. Kajian ini mencadangkan agar pihak institusi TVET memperkukuh dasar mesra mangsa, melaksanakan program kesedaran secara berkala, serta membina mekanisme pelaporan yang lebih jelas dan inklusif bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat (SPSH) 2025

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-NoDerivatives 4.0 International License.